..................................................................................................................

Tuesday, September 6, 2016

Masa TERBAIk utk jadi ahli Young Living Essential Oils

Masa TERBAIk utk jd ahli Young Living Essential Oils.

Utk YL member yg maintain purchase 100pv (+-RM460) sebulan, kami layak dpt gift dalam gambar ni PERCUMA.

Bulan ke tiga Dew Drop Diffuser + Lemon and Lavender EO (MP RM284 NMP RM373.68)
Bulan ke enam everyday oils set (MP RM538 NMP RM767.11)
Bulan ke sembilan, pilihan mana2 3 oils 75pv setiap satu (MP +-RM1013 NMP RM+-1257)
Bulan ke 12, Aria Ultrasonic Diffuser (MP RM920 NMP RM1210.52).

Barang percuma RM2755 ni on top of accumulative points yg korang dpt monthly dan boleh guna utk redeem brg YL tau. Best tak bestnya..

Tapi tapi tapi kan korang, mulai 1 Oktober, semua dalam gambar ni dah tak ada. Hadiah lagi murah dan lagi sedih kisahnya. :sob::sob::sob::sob:

Maka PM skrg utk jd member dan berpeluang menikmati hadiah2 hebat ini. Apa tunggu lagi?0172742005

    Monday, September 5, 2016

    Membantu merangsang integrasi otak kiri dan kanan

    Anak bujang saya dilahirkan dengan kondisi yg dinamakan Holoprosencephaly yg mana antara kata mudah adalah pembahagian hemisfera otak kiri dan kanan yg tidak sempurna. 

    Disebabkan keadaan ini, agak sukar utk dia melakukan kerja yg memerlukan dua bahagian kiri dan kanan serentak. Contohnya walk climbing, cycling dan sebagainya. Tak payah pergi jauh, nak mewarna pun dia boleh lupa utk guna dua tangan (1 pegang kertas, 1 pegang pensel).

    Selain terapi, terapi dan terapi, apa lagi yg kami buat utk merangsang interaksi yg baik antara otak kiri dan kanan? 
    - Diffuse lavender n peppermint dlm 2 diffusers berlainan pada satu masa. Kalau tak ada diffuser, drop setitik lavender dan peppermint pd baju. Sebelah2. Janji terhidu kedua2 bau.
    - Sapu lemon EO pd ibu jari kaki kanan dan orange EO pd ibu jari kaki kiri. Yang ni pun boleh bantu merangsang kedua2 bahagian otak tau.

    Utk ank sy, sgt membantu. Budak yg ada isu teruk ni dh developed bilateral functionalities. Since last year, member boleh kayuh basikal, buat wall climbing during OT and a lot more.

    Cubalah. Buat skali kat anak-ank tipikal or kita sdr pn takde hal. InShaaAllah boleh nmpk improvement pd ank. Esp yg jenis clumsy.. Hehek.. Nak lagi up, combine dengan some braingym exercise!


    Sunday, August 28, 2016

    Shine bright like a Diamond~

    Lama sepi?
    Cita-cita nak menghapdet tu ada, tapi biasa la.. Banyak halangan. 
    Hehehe.. Alasan ehh? Yea.. Yea.. Tau.. Tau..

    So apa perkembangan terbaru? Gitu lah. Makin berkembang. Kehkeh. Lalu aje makannya kan.. Dalam masa belog tak ber update ni, banyak sangat benda yang jadi. Dekat Facebook dengan IG adalah. Tp tu pun takde lah macam dulu sehari sampai 3-4 kali post kat IG. Apart from kerja, family dan uruskan orders, banyak masa habis dekat Whatsapp dan Telegram, attending to enquiries. Enquiries apa lagi, Young Living Essential Oils lah punya penangan kan?

    Benda tengah hangat dan berkembang. Elok laa.. Hehek. Korang-korang dah cuba ke? Boleh jadi addicted wehh. Hehehhe.. Meh PM Kak Jiey meh. No.handphone ada kat sebelah tu ha...

    Bercakap pasal being an Independent Distributor for Young Living Essential Oils, Alhamdulillah Dia permudahkan jalan buat kami. Getting paid to help people, kaedahnya.. Sape yang tak suka kan? Syukur sangat-sangat.  

    Bulan April 2016., menyaksikan kami menapak satu anak tangga lagi di YLEO. Diamond. Berada di antara 3 ranking teratas di dalam YL ni, memang satu benda yang aku tak pernah bayangkan. Sehabis-habis tinggi dulu, nampak Platinum aje. Mungkin sebab aku ni bukanlah kaki business tegar, apalagi stok-stok MLMer yang setiap masa setiap hari update status kaya dan berjaya kekdahnya. Hehek.

    Alhamdulillah, Allah SWT izinkan. Terima kasih upliners, downliners, sideliners yang made this possible..

    Tengok gambar sendiri sebaris dengan achievers tertinggi pada Young Living Malaysia's wall of fame memang bagaikan mimpi. Lagi tak percaya bila tengok muka sendiri dalam newsletter YL yang diedarkan kepada members di segenap pelusuk dunia. Alhamdulillah. Allahu.. Besar nikmat Allah SWT. 

    Itu part manis kan?
    Tapi untuk sampai part manis ni, alang-kepalang lah the amount of effort that was needed to be put in kan? Hahhahahhah..

    Meh kita tengok part penat lelah. 
    270Kpv (roughly dalam RM1Mil plus punya total group sales) dalam masa sebulan.

    Dalam masa 2 hari, closed deals 20,000pv aka RM90K punya orders. Memang gila. Handphone tak lepas drpd tangan. Kawan-kawan pun tolong blast skali. Gila btul kalau ingat. Yang member tolong register kan new members pun satu hal.. Mujurlah sgt. Kalau tidak, mmg tak possible.

    Bahagian susun orders dah satu hal, buat orders satu lagi hal. Jenuh org kat office YLMY tu hadap muka kami. Collect orders? Laaagi satu hal. Penuh sebijik MPV tahap aku dok bersila atas kotak kaedahnya. Drpd pagi membawak ke malam baru balik umah.

    Penuh rumah, meja makan sampai kena tolak tepi dinding. Bayangkan cemana kekdahnya mengangkat semua ni 2 orang aje.. Angkat drpd YLMY ke kereta. Susun elok, bawak balik. Sampai rumah, agkut plak bawak masuk, berpeluh-peluh.

    Then satu lagi part yang bikin berpeluh, packing up orders utk delivery. Yang mana hand deliver, yang mana pakai courier service. Gilaa ahhh.. Habis part yang ni, mengisahkan backdated orders plak. Penat woahhh.. Mmg tahap boleh gaduh lakibini lah. 

    Apa-apa pun, Alhamdulillah dengan rezeki dariNYa. Rezeki anak-anak. Rezeki untuk dikongsi dengan yang memerlukan. Bak kata seorang kakak, the more we earn, the more we can give back to others. InShaaAllah. 

    Sblm ni, nak beli Essential Oils untuk Rayyan Ariff pun berkira-kira. Now, bukan takat for the whole family, ada rezeki jugak berkongsi kebaikan Essential Oils dengan mereka yang memerlukan, esp anak-anak senasib dengan Rayyan Ariff. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

    Semoga Allah terus bukakan jalan untuk kita semua. Amin. 

    Friday, April 8, 2016

    Cerita tentang kami, ranking dan Young Living Essential Oils..

    Kisah kami bersama dengan Young Living bermula pada hujung April 2014. Pertemuan pertama dengan upline yg juga merangkap therapist Rayyan Ariff, Puan Yonie Bonawi, bermula hanya dengan menjadikan YLEO untuk kegunaan sendiri dalam usaha mencari penawar untuk anak yang sangat-sangat istimewa itu.

    Bulan September 2014, sewaktu Kak Yonie sekali lagi datang untuk satu kursusnya, aku dan suami nyatakan kami mahu mengambil peluang cuba menjadi Independent Distributor untuk produk Young Living. Semua ini terdorong oleh dua faktor, pertamanya, aku mula mendapat positif feedback daripada kawan-kawan yang punya anak istimewa apabila mencuba essential oils pada anak mereka. Pada ketika itu aku hanya tolong belikan kepada beberapa orang kenalan sahaja. Feedback positive yang aku terima adalah sangat-sangat mendorong. Dan apabila ada yang berterima kasih, aku rasa aku ada sedikit peranan membantu anak-anak yang senasib dengan anakku.

    Faktor kedua yang mendorong adalah kerana suamiku ketika itu sudah beberapa bulan tidak lagi bekerja dan masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang sesuai untuk dia lakukan. Sesuatu yang tidak mengikat dan membolehkan dia menjalankan tugas-tugas mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah, berterapi dan sebagainya. Masih aku ingat kata-kata Kak Yonie, "Ambil peluang menjadi antara yang terawal menjadi pengedar, bulan hadapan Young Living Malaysia akan dibuka.."

    Alhamdulillah, I'm glad that we did take the opportunity.

    Langkah pertama bermula pada bulan pembukaan Young Living Malaysia pada October 2014 yang menyaksikan kami terus mencecah rank Silver, terus melangkau rank Executive. Waktu itu, bagaikan sukar untuk percaya. Teringat beberapa minggu sebelumnya, sewaktu aku tanyakan pada Leaders Young Living organisasi kami yang datang daripada Singapura untuk majlis pembukaan Young Living Malaysia, aku ternganga apabila mereka menyatakan perlu mendapat jualan 10,000pv atau nilaian USD10K sebulan untuk mencapai ranking Silver. Susahnya.. Fikirku.. Waktu itu, apa yang mendorong aku adalah mahu mendapatkan aroma bag yang mengandungi lebih seratus minyak pati Young Living. Beneficial untuk anak-anakku pastinya, selain ianya nampak sangat lazat bagi orang yang mula gila minyak macam aku.. Hehehe.

    Aroma Bag.. Yang besar tu yea,, Bukan yang kecik dua tu.. Lazat wohh..

    Bulan ke 4 setelah memegang title Silver leader, kami berganjak setapak lagi ke ranking Gold yang menetapkan syarat minimum jualan produk sebanyak 35Kpv atau pun USD35K sebulan. Waktu itu, kami juga mula mendapat jemputan untuk ke Silver dan Gold retreat Young Living di Utah dan St Maries untuk tahun 2015 kerana berjaya mengekalkan ranking yang sama minimum 3 bulan berturut-turut. Namun terpaksa ditunda ke tahun ini kerna banyak isu. Masuk October 2015, satu tangga lagi kami jejaki membawa ke rank Platinum. Alhamdulillah.

    3 jemputan, Silver retreat di Utah, Gold retreat di St Marie dan Platinum Retreat di Ecuador. Untuk cabaran Global Young Living Drive2Win Contest juga melayakkan kami ke Hawaii. Again, terpaksa ditolak atas banyak consideration lah kan.. Rugi? Nak buat macamana. Hidup penuh komitmen lain..

    During one of the event yang mana akan ada leaders recognition.

    Wall of fame dekat YL Office. A friend hantar gambar.. Aku memang dah lama takgi YL office. Tapi pergi masa leaders' meeting hari tu, depa dah tukar gambar.. Bukan gambar ni dah.. Tak menarik gambar baru.. ;-(

    Game plan? To be honest hampir tiada strategy yang menarik kecuali berkongsi dan terus memberi. The more you give, the more you'll get back. Kan? Lagi pun, I always believe that good product speaks for itself. I just have to do my part of sharing. Dan bila dapat positive feedbacks, itulah reward sebenar.. Hahaha.. Tak pernah-pernah terbayang kot nak terjerumus ke kancah MLM ni.. Sebelum ni asyik laa menyampah aje kot..

    Mungkin yang dekat di hati aku adalah apabila melibatkan anak-anak istimewa yang banyak membangun dengan Young Living Essential Oils ni.. =)

    Income Disclosure Statement drpd laman web YL. 

    Kalau ikut yang ni, pada rank Platinum, range income adalah drpd RM17k - RM200K sebulan. Walaupun range earnings kami dah jauuuh drpd lowest income, tapi sangat-sangat-sangat la jauuuuuuuh lagi wehh daripada highest income earner. Hahaha.. Sape la agaknya yang earn RM210K per month tu? Dahsyat.. Buat apa agaknya dengan duit bebanyak tu kome? Tapi tu la.. Duit ni makin kejar, makin jauh.. Buat relaks2 je lah kome. 

    Kisahnya.

    So, berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk ini dan menjana lebih pendapatan? PM sis.
    Kahhhhhhh.. MLM sangat khennn. Hehek..
    ~I wonder, sape la yang mula dengan ayat PM sis sebenarnya? Korang wonder tak? Hakhak.

    P/s - Dulu teruja nak rank Platinum sebab nak bawak Rayyan Ariff gi klinik YL dekat Ecuador. Now that peluang dah dapat, nervous pulak. Boleh ke anak mama cope jalan jauh-jauh? Sigh.

    P/s 2 - 2 minggu ambik masa siapkan entri ni. Tepuk bahu sendiri!!

    Tuesday, March 15, 2016

    House hunting lagi~

    Sebelum daripada entry INI, aku memang dah lama mencari landed property. Main issue sebab nak kan ruang yang lebih besar la daripada rumah sekarang kan.. Entri tu tulis tahun 2012, skrg dah tahun 2016. Masih tak dapat rumah ke cik kak oi?? Jawab dia, masih tak!!! Hahahhahaha.. Hampeh tak? 4 tahun dah weiiii..

    Mungkin part of it tak bersungguh kot. Bila tak beria, tak menjadilah kan? Hahahahahha.. Since last year, the party yg supposed to manage apartment kami mula buat hal. Paling win, hujung tahun lepas, duit dalam amaun yang sangat-sangat substantial, boleh hilang. Tahap juta-juta weh. Taktau la drama apa sebab aku tak ikut sangat bab ni. Laki aku yang follow.. Tak kuasa sbb kalau follow pun buat sakit hati. End up, early this year, siap ada notis TNB nak potong letrik for common area etc. Nasib la yang tingkat atas kalau lif takde weh. Masakkkk..

    So since hujung tahun lepas tu, aku gigihkan la sikit pencarian rumah ni.. Yang susah tu bukan apa, dari segi masa. Selalu tak cukup nak gi survey sana sini. Dah banyak yang aku tengok tapi asyik la tak berkenaan. Susah kan? Haah memang susah. Hahahha.. Boleh jadi subjek gaduh laki bini.

    Apa consideration yang kami tengok? Selain lokasi, condition rumah and whatnot, antara yang penting jugak adalah Rumah Baru atau Rumah Subsale.

    Rumah baru ni untungnya banyak rebate tu rebate ni. Ada bumi discount 7% lah, ada early bird discount ke apa. Ada percuma legal fees bagai. Kena pandai-pandai cari la kan.. So kalau amik rumah baru, mostly kena letak RM14-20K aje down payment, bergantung pada harga rumah bila dah tolak segala mak nenek rebate tu, Untung banyak la kan? Tapi masalah problem nya, rumah baru ni banyak yang jauh-jauh. Kalau nak cari area KL atau Ampang, memang mostly high rise lah.. Tak dapat dah nak landed weh.

    Actually ada. Harga mahal ya rabbi. Hahahahah.. Macam contoh, antara yang kami short list hari tu adalah Desiran Bayu, Sri Rampai. Fuhh menangis. 

    Konsep dia built and sell. Low density, ada 70 unit aje weh.. Memang best la kawasan dia. Siap ada tenis court bagai.. Geram betul laa..

    Tengok cara dia susun. Depan rumah ko takde rumah org. Ada taman secoet. So kat depan rumah tu ample sangat kalau nak parking kete ke apa if tetamu datang kan? Cosy sangat wehh

    Interior dia pun OK. Bukak 30 ke 40 X 80 ntah. 3 storey. So besar la kan.. Kat luar dah simen habis. Tanah kat belakang aje ada. Kat ground floor ni ada 1 bilik, living, dining and kitchen

    Kat atas plak, floor finishing dah siap cantik2. Takyah nak alter apa dah kat situ.. Ni 1st floor. Ada 1 master bedroom and ada 1 bilik ank and 1 family hall. Kat tgkat atas skali ada 2 lagi bilik biasa and 1 master bedroom dengan saiz yang sama kat 1st floor. Besar master beedroom dia tau.. Boleh buat walk in wardobe. So total bilik ada 6, bilik air pun 6.  

    Meleleh air liur tengok Desiran Bayu ni. So berapa harga bayu yang berdesir-desir ni? RM1.6mil okayyy.. Lepas tolak rebate maknenek, ko cuma perlu bayar RM30K aje adn loan amount akan jadi RM1.3mil. Tu pun nanti ada rebate lg lepas disbursement dalam RM40k. So basically, dapat balik duit..

    Syok tak? Syok gilaaa.. Tapi tu laa.. Dengan RM1.3mil, ko kena spent byr installment dlm RM7k per month. Hahahahha.. Nangis tak? 

    Aku mula-mula  menggelinjang la nak rumah ni. Malas banyak fikir, submit loan. Kasi cek apa semua. Pastu termenung balik. Nak ke tak nak. Dah tu mula tanya pendapat orang sana sini. Last-last, dengan nasihat pakcik aku yang kira otai hartanah, aku cancel purchase. 

    Laki aku bising la.. Dia kata bikin malu. Bukan apa, dah dua kali kan aku wat keje booked cancel, booked cancel ni.. Yang hari tu kat Semenyih. Sebab tetiba tersedar yang Semenyih tu jauh untuk aku ulang-alik, terus cancelled. Laki aku bebel lah sbb dia yang selalu jadi tukang gi ambik balik deposit khennn. Tu tak masuk part yang deposit burnt. 

    Tu cerita rumah baru. Kalau rumah sub-sale, kat Ampang ni banyak. Tapi masalah problem dia, nama pun rumah sub-sale kan, so kena la prepare 10% deposit even lepas tu ko nak deal balik mark up harga ke apa. Tapi mostly org mmg nk 10% deposit tu.. Heheheheh.. Kalau dah rumah harga RM6-800k (ni kira yang biasa bukan yang meruap cantik), maknanya kena la sedia RM60-80K untuk down payment je. Belum lagi bab2 legal fees dah segala maknenek lain kan? Pastu biasa la.. Rumah sub-sale kan ada la sakit mata memandang yang ko rasa terpaksa untuk ko buat renovation. So, nak tak nak, save pulak dalam RM100k pulak untuk renovation cost.

    Dahsyat.. Keje menyimpan duit untuk spent balik aje kan?? Bila boleh resign cenggini nih? Hahahahha..

    Doakan la pencarian kami will come to an end soon. Dh penat gaduh laki bini bab rumah dah ni.. Hahhahahahhahahaha.. Gelak lagi. 

    Friday, March 11, 2016

    Young Living Essential Oil dengan anak-anak Autisme..

    Autisme Spectrum Disorder. ASD. Autistic.

    Circle aku banyak anak-anak istimewa seperti ASD. Rayyan Ariff sendiri pun punya banyak autism traits atau ciri-ciri autism yang menonjol pada dirinya.. Mendengar fakta ini datang drpd 3 therapists, aku cuma mampu senyum.

    Maka tatkala aku menerima testimonials seperti ini, kau tahu betapa gembiranya hati aku?

    Kerana rasa itu begitu nyata dan jelas. Sangat dekat.

    Untuk anak-anak seperti Rayyan Ariff, perjalanan menggunakan Young Living Essential Oils adalah satu proses. Ianya bukan sekelip mata. Yang penting kita istiqamah. InShaaAllah.