Friday, January 14, 2011

Kekuatan yang ada pada sebuah kepercayaan; amazing!!

Entri ini agak terlewat sedikit kerna ia sepatutnya disiarkan lebih awal.. Tambahan pula, waktu kejadian adalah pada hari ahad yang lalu.. Namun kerna keterujaan seorang ibu melihat anaknya bersekolah, entri ini tertangguh untuk beberapa ketika..
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan keinginan, saya akhirnya dapat menyertai Seminar ECE - Early Childhood Education anjuran Genius Baby On Board yang merupakan syarikat milik Watie Aziz. Watie sendiri bertindak sebagai speaker untuk seminar tersebut, iaitu untuk keseluruhan sesi..
.
 Speaker yang superb - Sampai duduk bersila ko!
.
Watie Aziz merupakan seorang ibu kepada dua anak perempuan yang cukup comel dan istimewa, Rania Qarissa dan Rania Quzayra. Dan yang sangat mengagumkan ialah kesungguhan Watie di dalam memberikan  anak-anaknya stimulasi sedari awal kelahiran. Percaya atau tidak, Qarissa mula membaca di usia 12 bulan dan Quzayra, seawal usia 5 bulan!!
.
Perkenalan kami bermula apabila Watie meninggalkan beberapa komen di dalam blog saya tatkala dia menemui blog ini sewaktu Rayyan Ariff baru sahaja menyambut ulangtahun pertamanya. Dari situ, kami panjangkan perkenalan siber ini dengan mengagumi cara masing-masing dalam memberikan stimulasi kepada anak-anak kami, dengan cara yang tersendiri..
.
Apa yang saya dapat sepanjang sesi seminar berlangsung? Terlalu banyak! Informasi yang dia berikan bukan sahaja merangkumi fakta kepentingan merangsang minda anak, ia juga termasuk dengan cara-cara yang praktikal untuk dipraktikkan, hatta untuk ibubapa yang bekerja sekalipun.
.
Saya sememangnya banyak belajar daripada doctors, therapists dan teachers Rayyan Ariff tentang kepentingan stimulasi untuk anak-anak. Melalui mereka, saya mengenal terma-terma asing seperti tactile, proprioception, vestibular dan lain-lain lagi. Dan saya, menolak diri untuk masuk ke permukaan dunia sains perubatan demi mengenali dan memahami terma-terma asing ini untuk membangunkan anak saya.
.
Berlainan dengan apa yang diberikan oleh Seminar ECE, segalanya digarap untuk pemahaman ibubapa dengan maklumat asas yang cukup mudah untuk dihadam oleh minda kita. Bahasa dan penerangannya santai. Maka tiada alasan untuk  mengapa kita menolak benda yang sebaik ini. Walaupun apa yang saya perolehi di sini adalah sesuatu yang sudah lama berada di dalam kamus hidup saya sebagai seorang ibu, namun ianya tetap mengujakan kerana fakta yang diberikan adalah sangat berguna. Sejujurnya, bayaran RM199.00 per pax @ RM350 per couple yang dikenakan adalah sangat-sangat berbaloi dengan setiap butiran ilmu yang diberikan oleh Watie.
.
Mungkin ada yang berkata, buat apa mahu anak belajar membaca awal-awal? Kita dahulu tidak diberikan stimulasi seperti itu namun berjaya juga menjadi 'manusia'.. Perlu diingat, zaman sudah berubah. Kita berada di zaman yang mana semua manusia asyik bersaing untuk menjadi yang terbaik, yang mana, pasti kita tidak mahu anak kita ketinggalan kan?
.
Dalam konsep yang diamalkan Watie Aziz, ianya bukanlah satu konsep 'paksaan' yang mana ibubapa tidak perlu takut dengan anak mereka bertukar menjadi another Sufiah Yusuf. Apa yang diterapkan ialah belajar melalui bermain dan keseronokan mencari ilmu melalui pemupukan minat membaca.
.
Dan jangan ingat stimulasi awal adalah berkenaan dengan kebolehan membaca semata-mata. Apabila kita memberi rangsangan kepada otak anak kita, secara tidak langsung, kita meningkatkan kebolehan berfikir mereka.
.
Kepada ibubapa anak-anak istimewa, seminar ECE ini juga boleh kita aplikasikan kepada anak-anak kita. Malahan, apa yang Watie lakukan untuk anak-anaknya adalah sama dengan apa yang kita lakukan untuk anak-anak kita. Bezanya hanyalah volume. Jika dengan anak-anak tipikal, kita lakukan untuk setiap aktiviti 3 kali contohnya, tingkatkanlah volume untuk anak-anak istimewa kita; 20 kali, 30 kali atau 50 kali!
.
Yang penting, kita harus yakin dan percaya dengan kebolehan anak-anak kita. Suatu waktu dahulu, antara saya, keluarga dan Rayyan Ariff, kami tidak punya apa-apa. Tiada harapan, tiada sokongan. Namun di atas konsep kepercayaan, kami sampai sejauh ini. Terima kasih Ya Allah..
.
Tetapi untuk anda, anda masih punya pilihan. Sama ada masih mahu menunggu atau mahu merebut peluang usia emas anak anda sekarang.. Fikirkanlah!
=)
.
Kami di akhir sesi - Ada blogger lain di situ; MommyLina dan Kak Nur =)

9 comments:

Mrs. Simplicity said...

ingat dulu masa register nia org dok cakap, sian dia kecik2 dah kena kena gi sekolah. nanti dia bosan. pekak kan telinga and move forward je la. sama jugak la mcm ian nanti ye :)

Watie Aziz said...

oh dear, tgh excited sebab majalah Pa & Ma dah keluarkan pasal GBOB, tetiba ternampak ur entry... tq so much dear ..really appreciate it ..

Marsha~ said...

selalu gak jengah blog dia.... herm... semuanya boleh dilakukan demi anak2 kan Jiey kan?? yang penting usaha.. tanpa jemu..

nuni said...

Salam jiey, saya berminat la nak join jugak seminar ECE tu macam mana nak dapatkan info nya? dekat blog mommy lina pun ada baca jgk pasal ni, jiey pun ada..kagum la dengan korang

Puteri Nuur At-Terawis said...

interesting :) mungkin ini adalah hadiah hari jadi yang put patut minta dari encik bubu :) thanks for the info walau dah lama kenal watie tapi hari ni baru sempat baca betul2 pasal ni.

ummihana said...

salam kak jiey,
sy dah mengikuti kerna kasih kita nih pada 2tahun lepas,yg mna pada masa itu sy maseh lg pegang title anak dara.Sejak dr mula membaca kerna kasih kita nih sy dah mula menanam cita2 nak jd ibu mcm kak jiey, bangga ngan cara kak jiey mendidik Rayyan.Kagum ngan pengetahuan kak jiey, dan sgt suka bila kak jiey tak lokek ilmu utk dikongsi.saat ini bila sy sudah bergelar ummi, sy sdah praktikkan kpada anak sy ttg apa yg kak jiey berikan kpda ian..(wlau anak sy tak seistemewa Ian)Terima kasih kak jiey, kerana tulisan kak jiey dpt sy jdkan guide line dlm sy memberikan yg terbaik utk anak sy.Kak jiey teruskanlah memberi yg terbaik untuk Ian...salam sayang sy utk Ian(pohon maaf andai sy ada tersilap kata)

transformed housewife said...

mmg seronok bila dengar Watie bg penerangan. rasa mcm tak cukup lg apa yg dia kongsi tu. Nice to finally be able to meet you in person too!

MQ said...

salam Jie, saya dah lama jadi pembaca senyap blog Jie, kdg2 bila rasa susah jaga anak, saya jadikan cerita2 Jie di blog as inspiration..mungkin kalo saya diuji sebegini tak tau la sekuat mana akan bertahan, tapi saya yakin mana2 ibu di dunia ni yg berjiwa ibu sebenar akan buat apa yg terbaik utk anaknya :)

btw, sy penah terbaca post pasal Jie dan kwn2 yg ada anak istimewa lain cari Jumperoo, I'm selling a used one, mana la tau dpt membantu, here's the link

http://www.homemakerdiary.com/2010/12/28/jumperoo-for-sale/

kayyana said...

rasanye mcm kenal je yg baju merah tuh.. tu bukan blogger harlinda halim?