Thursday, February 10, 2011

Hidup tanpa orang luar dalam rumah..

Minggu kedua without bibik. Penat tapi serious happy sangat.. Ye la, dalam rumah kita just ada kita-kita je kan.. Sure lah feeling tu lain. Happy semacam.Yang paling penting, tak payah nak tadah telinga dengar masalah Puan Bibik yang tak pernah surut itu.. =)
.
Rayyan Ariff pun baik-baik sahaja walaupun tanpa Bibik. Duduk dengan nenek sendiri, mana tak baikkan? Makan memang penuh seleralah.. Kalau lambat suap, ditarik-tarik tangan kita. Kalau dah habis, terjenguk-jenguk makanan dalam pinggan.. Tanda mintak tambah. Senang hati tengok dia makan. Kalau tak, macam ajak berperang bila nak bagi makan.. 
.
Minum susu pun boleh tahan banyak. Harga setin Pediasure Complete pulak boleh tahan jugak.. Nasib baik anak baru sorang.. :P
.
Sewaktu saya sibuk di dapur tadi, Rayyan Ariff main-main dengan ayahlah. Nenek pula sedang mengaji kat dalam bilik..
"Ian buat apa kat sekolah hari ni? Ian belajar apa?" Tanya Tuan Besar pada Tuan Kecik.
Sweet jer dengar. Walaupun Ian takleh bagitau lagi and just tersengih-sengih, ayah still layan Ian sepenuh jiwa. Ingat jasa ayah yea nak..
.
Rayyan Ariff sekarang suka benar main tutup bukak sliding door. Kalau kita larang, menangis.. Penuh eksplorasi sungguh jadi kanak-kanak ni kan..
.
Banyak benda yang nak di update actually.. Tapi masa tak mengizinkan.. 
.
Hari ni ada appoinment dengan audiologist.. Hmm.. Taktau nak kata apa la bab2 audiologi ni.. Tengoklah macam mana nanti..
.
Pengarang jantung kami.. Semoga sehat sentiasa hendaknya.. Aminnn..

8 comments:

Cik Sue said...

Salam Jiey...
Comeinye Rayyan, dah makin pandai yea...main sliding door yea..hati2 kang tersepit jari...hahaha.

Lynn Abd Latib said...

seronok baca conversation tuan besar itu.. i/allah..smg ian sihat hdknya!!

Intan and The Boys said...

kasih ibu bawa ke syurga,kasih ayah bawa ke mati kan?

:)

ibu_umairah said...

besar dahh....makin comelll

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumbh....moga Ian dipermudahkan urusan dunia akhirat n menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa....amen.....

Nice blog.....:)

Min said...

amin... sihat la selalu hendaknya rayyan...

Proud Mama's Dairy said...

As Salam,

Comel sungguh Rayyan ni... Moga Rayyan sihat selalu nak. Hugs!

linda said...

comey sgt ian ni...hehe...
sweet je tuan besar tnye kat tuan kecil tu...:)