Wednesday, May 11, 2011

Mari kita balas komen ~ Tentang juling, tentang pemakanan dan tentang pergerakan~

Harus saya akui,setiap komen yang saya terima memang sangat bererti terutamanya yang memberi nasihat dan menunjukkan rasa ambil peduli tentang kami.. =)
.
Namun beribu kemaafan saya pinta kerana tidak mampu untuk membalas setiap komen yang saya terima kerana kesuntukan waktu. Di pejabat, blogspot sudah tidak dapat diakses. Di rumah pula, kerana wifi yang rosak dan saya terpaksa membuat sambungan secara langsung ke modem, saya tidak dapat berlama-lama kerana meja tulis Rayyan Ariff adalah terlalu kecil untuk saya yang bersaiz comel ini. Tambahan pula, keadaan kesihatan dan terlalu banyak perkara yang berlaku di sekitar saya merentap banyak masa yang ada.
.
Sebenarnya saya ingin membuat entry yang berbeza untuk ketiga-tiga perkara ini. Namun keterbatasan waktu sekali lagi menghalang maka saya rangkumkan ketiga-tiganya sekali.
.
Pertama, tentang juling. Terima kasih Yaya kerana concern tentang mata Rayyan Ariff. Juling bukanlah perkara baru dalam diari harian Rayyan Ariff seperti yang tercatat di entry INI. Sedari bayi lagi kami mengesan keadaan ini. Juling Rayyan Ariff terjadi pada apabila dia cuba fokus kepada sesuatu yang berada di dalam jarak yang jauh seperti memandang ke arah kamera mahupun memandang ke arah saya di muka pintu sebaik pulang dari kerja. Pada jarak tertentu, Alhamdulillah, anak matanya OK sahaja..
.
Rawatan? Patching is not for him because both of his eyes are crossed depending on which way he is looking at.. Nak tutup belah kanan, belah kiri pun 'lari'.. Nak cover belah kiri, belah kanan pun tak betul.. Bergantung kepada arah dan objek mana yang dilihatnya. Doktor tidak pula menyatakan sebarang kerisauan kerana penglihatannya baik-baik sahaja seperti di entry INI. Tiada double vision dan powernya pun OK.
.
Bagi kami yang pernah diberitakan bahawa Rayyan Ariff tidak bisa melihat, juling bukanlah perkara yang perlu kami tekankan untuk rawatan. Selagi ia tidak mengganggu penglihatannya, biarlah.. Yang penting, dia dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah dan mengenal kami ibubapanya. InsyaAllah, moga tiba masanya nanti untuk mata yang juling itu membolehkan Rayyan Ariff melihat dan membaca juzuk-juzuk yang ada di dalam kitab suci Al-Quran. InsyaAllah..
.
Sekali lagi, terima kasih kerana sudi bertanya tentang putera hati kami yea Yana. Sangat-sangat menghargai.. Nampak benar ramai yang mengambil kisah tentang keadaan Rayyan Ariff. Alhamdulillah.. *Hugs*
.
Keduanya, tentang pemakanan.. Ada pertanyaan dari sang anonymous yang bertanya pada entry INI, sama ada Rayyan Ariff hanya mampu makan bubur sahaja. Jawapannya, antara Ya dan Tidak.
.
Kebanyakan anak-anak istimewa dengan kecederaan otak yang teruk biasanya mempunyai masalah menelan makanan. Sama ada swallowing muscles yang lemah, atau pun masalah mengunyah. Untuk Rayyan Ariff, permasalahannya adalah yang kedua iaitu mengunyah.. =)
.
Kerna Rayyan Ariff  mempunyai kesukaran mengunyah makanan dek kerana otot di bahagian muka yang agak lemah, kami memilih untuk memberikan dia bubur agar dia tidak tercekik. Cepat dan selamat Dalam masa yang sama, kami tetap melatih dan merangsang Rayyan Ariff untuk mengunyah makanan keras..
.
Alhamdulillah, sedari tahun lalu, Rayyan Ariff tidak lagi hanya bergantung pada bubur semata-mata. Dia sudah boleh makan nasi dengan syarat, perlu berkuah. Namun janganlah diberikan kari atau yang sewaktu dengannya kerna dia tidak tahan pedas. Sekarang, kalau ke mana-mana, kami tidak perlu terlalu risau kerna pilihan makanan untuk Rayyan Ariff tidak begitu terhad lagi. 
.
Tekaknya menggemari nasi putih, telur goreng dan kicap. Gigi dan otot pipinya sudah mampu mengunyah makanan yang terhidang di majlis-majlis sambutan harijadi yang kami hadiri seperti spagetth (kuah jangan terlalu banyak, ambik rasa sahaja), bihun goreng, bihun sup, sedikit nasi goreng, kek, nugget, sosej, buah-buahan dan berbagai lagi. Bezanya, kami harus menunggu lebih lamalah untuk menyuap anak kecil ini kerna dia mengambil masanya sendiri untuk mengunyah.. :P
.
Namun Rayyan Ariff belumlah sampai ke tahap untuk mengunyah burger ataupun meratah ayam KFC. Tetapi kami sudah tetap bersyukur kerna Rayyan Ariff mampu merasai kelazatan banyak makanan dan tidak terhad kepada bubur sahaja.
.
Sedangkan, ini adalah anak yang sama yang pernah dimaklumkan oleh doktor kepada kami, "We're not sure whether your son can swallow or not. Starting from today we will try to give him milk through cup feeding for several days. If he is able to swallow, we will teach him to suck his milk from the feeding bottle. If he is unable to suck, you need to bring him back with the feeding tube and you need to feed him through the feeding tube. From his mouth or nose, straight to him stomach.."
.
Kami ketakutan. Lantas kami berdoa dan berdoa, agar masih ada keajaiban yang tuhan berikan kepada putera kami. Namun saat itu, kami sudah redha, andai ianya menjadi tugas kami untuk memberikan Rayyan Ariff makan dan minum melalui tiub kecik itu, tiada pilihan untuk kami melainkan belajar tentang cara-cara untuk memasukkan tiub tersebut ke dalam badannya, dan mengasuh hati untuk redha dengan keterbatasan Rayyan Ariff.
.
Sekali lagi, besar sungguh nimat Allah SWT untuk kami. Lihatlah Rayyan Ariff sekarang..Syukur Ya Allah! Terus maju yea nak.. =)
.
Terima kasih untuk Cik Anonymous yang sudi bertanya.. Maaf Kak kerana lambat menjawab.
.
Yang ketiganya, tentang pergerakan.. Pertanyaan datang dari Cik Izan untuk entry INI. Benar, putera kami ini lasak meneroka serata rumah. Hobi terbaru, mengheret kipas meja miliknya ke serata rumah. Puas bermain di depan TV, ditolaknya ke meja makan. Puas bermain di meja makan, ditolaknya ke sebelah mesin basuh. Mujurlah rumah hanya sekangkang kera. =P
.
Untuk menjawab pertanyaan Cik Izan, Rayyan Ariff bergerak dengan kedua-dua cara yang ditanya, iaitu mengesot dan merangkak.. Kebiasaannya, anak yang mengesot akan skip merangkak dan terus berjalan. Tapi Rayyan Ariff mencuba kedua-duanya sekali. Jelas, anak saya adalah penakut untuk berjalan.. Tiada lagi aturan langkah sendiri selepas dua langkahan yang dibuatnya bulan lalu.. =P
.
Selain daripada mengesot dan merangkak, tuan kecik ini sudah lama berdiri dan berjalan menyusur perabut.. Memanjat juga sesuatu yang menjadi kegemarannya. Namun kerana sifat takut yang ada, tuan kecik ni hanya akan menyusur perabut ataupun memanjat hanya apabila ada orang di kawasan berhampiran. Perkiraannya senang, kalau dia jatuh, ada yang menyambut.. Hmm kalau dilayan manja kamu nak, entah bila la Mama nak merasa tengok kamu berjalan sendiri.. =)
.
Terima kasih di atas pertanyaan dan maaf sangat-sangat sebab lambat jawab ye Izan..
.
Apa sekalipun, kami tetap bersyukur dengan pencapaian Rayyan Ariff pada hari ini, kerna ini adalah anak yang sama yang dikatakan, "If you were to keep this baby, dont expect too much.. Most probably, he wont survive after birth. Even if he did, he will be severely handicapped and he will live a life no less than a vegetable.."
.
Terima kasih di atas peringatan yang menjadi pendorong itu Doktor. 'Sayur' kami kini sedang asyik meneroka serata pelusuk rumah.. 
.
Rayyan Ariff, terima kasih kerana menjadi 'sayur' terindah di dalam hidup kami. Kamulah bayam penguat semangat kami.. Kamulah lobak merah yang menjadi sumber untuk mata kami. Kamulah kacang panjang kami yang semakin meninggi.. Kamulah tomato kami yang kemerah-merahan,, Sungguh, kamulah sayur terhebat di mata kami..
.
Selamat hari lahir untuk kamu.. Beberapa jam sahaja lagi, genaplah usia kamu 3 tahun..Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan wahai sayurku yang handsome..  =)
.
Mulut comot tengah makan.. =)

16 comments:

fizanur said...

singgah sini. salam kasih untuk Rayyan Ariff. Dah lama untie tak jenguk sini.

Siapa nak pam Modu Percuma!

Anonymous said...

Salam buat Mama Rayyan Ariff..
Dah lama saya mengikuti kisah2 mengenai adik Rayyan Ariff. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap pagi blog pertama yang akan saya kunjungi adalah blog Rayyan Ariff. SELAMAT HARI LAHIR buat adik Rayyan Ariff..kita berkongsi tarikh lahir yang sama dan Mama Fyeza doakan semoga adik sentiasa di dalam Lindungan Allah SWT..sentiasa Dirahmati Allah SWT...dan menjadi anak yang Soleh di dunia dan di akhirat..AMINNN..

Unknown said...

hye.maaf kalau saya mahu cakap sedikit.

saya juga ingin bertanya pasal rayyan sebelum ni tapi saya takut.

patutlah saya laihat mata rayyan ok pada setengah gambar dan agak juling untuk setengah gambar.

apepon bersyukur itu penting,rayyan itu anugera tuhan yang paling indah kan.

Ayu said...

U are strong Mom, dear...May Allah heard every single of your pray,amin...
Neway, salam perkenalan from yayansmum

Bicara hati ibu aisya said...

Happy birthday rayyan ariff.semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segalanya dan sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

'Hadirmu pengikat kasih, penguat semangat dan pembuka mata hati bagi semua khasnya mama dan papa yang sangat menyayangimu'

Hug n Kiss 4 u nak.

Intan and The Boys said...

Happy 3rd birthday Tuan Rayyan Ariff!!!

Auntie, Khalish dan Jazly doakan Ian akan cepat2 'dapat kaki' dan semoga dikurniakan kesihatan yangexcellent ya! Kami sayang Ian sangat2! (polok2, ciyom2)

Pnut said...

Jiey-sebak akak baca entry ni.. tak tau nak express macam mana.. ada satu luahan, ada satu harapan..

Melihat Ian jauh sampai ke tahap ini, adalah keinsafan sebenarnya, betapa manusia itu apalah sangat, berbanding kuasa Allah Taala, yang telah mengizinkan Ian sampai sejauh ini.

Speechless.... :-(

aNnE 'S said...

salam..lama xbaca entry kamu sbb sy pun lama xbuka blog..:)gelihati dgn istilah "sayur" tu hehe..keep it up jiey..sy doakan kamu dan ian..ian seriousely hensem boy!

rokayah said...

Amin... semoga segala nya dipermudahkan Allah.. Selamat Hari Lahir Rayyan Arif.. Semoga sihat, kuat, ceria dan comel selalu... Peluk cium dari Aunty dan abang Aneiq.. ;)

yatie chomeyl said...

hepi 3rd bes-day abe ian hensem..nok hadioh gapo? hehehe

ummihana said...

salam sayang utk ian....

kak jiey...baca entry ttg ian kali in, sy mcm hilang kata2 sekejap...kagum!keajaiban yg DIA bagi utk Ian..semoga kesihatan yang baik sentiasa menjadi milik Ian...selamat hari lahir RAYYAN ARIF...

oren said...

bergenang ayaq mata baca part akhir..part sayur tu..

dan jiey mmg bukan ibu yg calang2 orgnya..sgt kuat dan sgt2 tabah..keep on hoping n berdoa yg terbaik utk anak kecik ini..

Pnut said...

Jiey-sebak akak baca entry ni.. tak tau nak express macam mana.. ada satu luahan, ada satu harapan..

Melihat Ian jauh sampai ke tahap ini, adalah keinsafan sebenarnya, betapa manusia itu apalah sangat, berbanding kuasa Allah Taala, yang telah mengizinkan Ian sampai sejauh ini.

Speechless.... :-(

Idayu said...

otanjoubi omedetou rayyan!

tahniah mama n rayyan, kore kara mou itsumo ganbatte kudasai ne....:)

Heartilyina said...

Dah nk 3 thn ye Ian. Xsangka kan pejam celik dh bsr. Xsangka juga Sabtu ni dh 3 tahun 'Abid pergi. Nway didoakan yg baik2 saja utk Ian :D

AIN NAZRI said...

terharu dan kagum tengok akak n family melaluinya... 3 tahun tengok Rayyan membesar dgn pelbagai keajaiban.. rasa mcm sukar nak percaya..tapi bukti di depan mata.. alhamdulilah.. Allah pengatur sebaik2 nya