Thursday, June 30, 2011

Keindahan memiliki seorang anak bernama Rayyan Ariff.. :-)

~Ok, disclaimer; ini bukan provokasi untuk pasangan yang trying to conceive, sekadar berkongsi pengalaman seorang ibu yang memiliki seorang anak istimewa~
.
Saya memiliki seorang teman yang mendirikan rumah tangga pada waktu yang sama dengan saya.. Sehingga sekarang, masih belum dikurniakan cahayamata dan tidak pula berusaha mendapatkan rawatan untuk itu.. Saya tidak pernah bersuara tentang itu kerna bagi saya, ini adalah pilihan individu.. Malahan, saya juga pernah kenal dengan pasangan yang sememangnya nekad untuk tidak memiliki cahayamata.. Terpulanglah, tepuk dahi tanya minda.. :-)
.
Namun sesuatu yang membawa saya mencoret di ruangan ini adalah kerana ayatnya yang satu, "Aku tak kisah takde anak.. Tuhan lebih tahu menyusun.. Aku ada baca blog ko which buat aku makin takut untuk ada anak.. Pada aku, baik takde anak daripada ada anak istimewa.. Bukan senang nak jaga, berkorban banyak benda.. Duit, masa, tenaga.. Ish tak sanggup.. Takde anak pun takpe la.. Lagipun, bukan senang nak jaga anak ni, kalo yang normal pun, banyak sangat gejala sosial sekarang ni.."
.
Saya cuma senyum. Ya, jaga anak bukan perkara mudah.. Seorang doktor pernah berkata kepada saya, "Taking care of a child is not easy, let alone a special needs child.." Fahamlah maksud doktor ini kan?
.
Saya masih belum diberi peluang mendidik dan menjaga anak normal.. Masih lagi berdoa agar diberikan ruang dan peluang itu bersama Baby RA nanti.. InsyaAllah. Namun saya mengenali beberapa ibubapa yang mempunyai pengalaman menjaga anak istimewa dan anak tipikal.. Dalam keluarga Superkids, Mummy Alanna, Ieyda dan Mama Put.. :-)
.
Dari mereka, saya tahu bahawa anak istimewa atau tipikal, punya cabaran yang tersendiri.. Lagipun, anak itukan ujian.. Istimewa atau normal, sama sahaja.. Ujian dariNya..

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal: 28]
.
Bersama Rayyan Ariff, saya juga bersyukur kerana diberikan nikmat merasai keindahan menjadi seorang ibu... Dulu, kali pertama mendengar ungkapan, YOU'LL NEVER KNOW YOUR CAPACITY TO LOVE SOMEONE UNTIL YOU HAVE YOUR OWN CHILD, saya bagaikan tidak percaya..
.
Apalah kuasa yang mampu dibawa oleh tubuh sekecil itu sehingga ada yang menyatakan sedemikian?
.
Namun kini saya mengerti.. Bersama Rayyan Ariff, saya mengenali wajah tanpa hipokrasi.. Wajah yang penuh keterujaan setiap kali menyambut saya pulang dari tempat kerja, bagaikan bertahun tidak bertemu.. Sungguh ikhlas.. Dapatkah saya menikmati sambutan penuh kehangatan itu daripada En.Hubby? Tak mungkin.. Wajah anak kecil lain ekspresinya..
.
Bersama Rayyan Ariff, saya merasa nikmat kasih sayang yang tak bertepi.. Cinta tak bersyarat.. Cinta yang menerima tanpa perlu memberi.. Saya teruja dengan ciuman tulus penuh kasihnya.. Saya teruja dengan perkembangan penuh semangatnya..
.
Kepenatan saya hilang tatkala dia datanng dan duduk di ribaan saya.. Kekusutan saya pergi apabila dia menarik tangan saya untuk tidur berbantalkan lengan saya.. Kegusaran saya lenyap apabila dia menarik tangan saya meminta menyuap makanan kepadanya.. Saya tenggelam dengan Rayyan Ariff yang penuh kecomelan dan kemanjaan..
.
Ke mana dan dengan siapa dia berada sekalipun, Rayyan Ariff tetap mahukan saya.. Tetap menyanjung saya sebagai manusia terhebat di matanya.. Begitu besar sekali pheromone seorang ibu, bukan? =)
.
Walau sering tumpuan saya pada kaca televisyen terganggu dengan permintaannya untuk saya melukis ataupun membaca bersamanya, ianya tidak meninggalkan kesan kerana dia adalah prioriti.. Saya sukakan dia yang gemar mencuri perhatian.. Saya cintakan dia yang gemar bermanja-manja..
.
Memang, takde anak best.. Kita bebas ke sana ke mari.. Boleh lepak-lepak dan berkepit dengan suami.. Tapi ada anak lagi best!
.
Bersama Rayyan Ariff, memang ada waktu jatuh yang mana saya merasakan sudah tidak mampu bangun lagi.. Namun saya bersyukur dan redha dengan kejatuhan itu.. Melalui Rayyan Ariff saya banyak belajar.. Saya belajar tentang nikmat kesihatan sebelum datangnya kesakitan.. Saya belajar tentang nikmat mensyukuri setiap zarah perkara yang ada di hadapan saya.. Saya belajar menjadi insan yang lebih matang dalam meilhat kehidupan..
.
Jangan digusar tentang rezeki.. Memang seorang anak menuntut banyak keperluan, namun percaya pada ketentuanNya adalah cara terbaik.. Sebelum adanya Rayyan Ariff, keperluan, kemahuan dan kehendak bagaikan tidak pernah mencukupi.. Namun setelah adanya Rayyan Ariff, segalanya masih sama.. Masih belum mencukupi berbanding kehendak yang tidak bertepian..
.
Wang tidak akan pernah mencukupi selagi kita bergelar manusia yang penuh dengan keinginan, kan?
.
Tahu apa rezeki terbesar setelah kehadiran Rayyan Ariff (selain dirinya sendiri)? Jawapannya adalah rumah yang kami diami sekarang.. Walaupun sekadar apartment 3 bilik berkeluasan 916sf, namun harga yang kami perolehi untuk sebuah unit di kawasan Ampang ini, bagaikan tidak masuk akal!
.
RM110K. Ya, itulah harga yang kami beli dari tangan pemilik sebelumnya. Sebelum kami berpindah dan sibuk berulang alik ke rumah ini untuk tujuan pengubahsuaian dan pembaikian, penduduk di tempat yang sama bertanya kepada saya harga belian unit ini. Dan apabila saya maklumkan harganya, dia terkejut.. Katanya, dia membeli dengan harga yang sama 6 tahun yang lalu!
.
Untuk sebuah kediaman yang bersih dan terjaga, punya fasiliti seperti kolam renang, padang permainan, dobi, pasaraya mini dan kedai makan, kami sememangnya berpuas hati dengan pembelian ini. Tambahan pula, baru-baru ini, sewaktu En.Hubby ke pejabat pengurusan untuk membayar yuran maintenance, dia bertemu dengan seorang pemilik yang baru sahaja membeli sebuah unit kediaman di sini lantas hubby bertanya tentang harga pembelian unit tersebut. Dia menjawab, RM165K..
.
Pada kami, ini rezeki Rayyan Ariff. Kerna itu rumah ini kami niatkan untuk dia.. :-)
.
Ini hanyalah salah satu contoh untuk tidak berkira dari segi rezeki.. InsyaAllah, kami juga sedang menyusun perancangan dan berdoa untuk rezeki yang lebih baik.. Aminnn..
.
Bang, nak umah banglo setingkat 6 bilik dengan swimming pool kat area Kelana Jaya sebijik bleh tak? Macam dalam google image ni.. Tanya nafsu seorang wanita kepada suaminya.. :P
.
Kami juga yakin, baby RA juga memiliki keistimewaannya yang tersendiri.. Nikmat paling besar pada saat ini ialah, merasakan setiap tendangan kecil miliknya. The feeling is beyond description! To feel a life moves and kicks in your womb, is just too miracle to express in words. Alhamdulillah kerna masih diberikan peluang ini olehNya.. Semoga masih ada kesempatan yang sama di masa hadapan.. Aminnnn..
.
Kali pertama merasakan pergerakan baby RA, saya memberitahu mommy dengan penuh senyuman.. Dan mommy membalas tentang keterujaan yang sama semasa dia mengandungkan kami adik beradik dahulu.. Makanya, saya membuat kesimpulan bahawa mungkin semua ibu berkongsi rasa yang sama apabila merasai nikmat ini.. :-)
.
Semalam, baby RA bertindak lebih agresif.. Dengan hanya meletakkan tangan di perut, dapat dirasakan dengan jelas perut saya yang berombak ditolak baby RA. Aktif sungguh dia.. Tidak pernah saya menyangka di minggu ke 20, saya sudah bisa merasakan pergerakan sebegini kuat memandangkan saya kini tergolong dalam kategori obese. Sangka saya, lemak-lemak yang tebal ini akan menutup ruang untuk saya merasai pergerakan baby RA seawal usia.. Namun saya silap.. Untuk kandungan kali ini, menjejak ke usia 16 minggu saya sudah diberikan peluang merasai nikmat itu.. Alhamdulillah..
.
Ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar untuk kami.. Aminnnn.. Pic Source: Google image.
.


14 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Rezeki untuk anak pasti ada tak kira bagaimana dan di mana.
Anugerah terhebat dan teragung seorang wanita adalah saat dia bergelar 'IBU'.Menempuhi tiap fasa kehamilan dan kelahiran seterusnya melihat setiap perkembangan anak walaupun hanya sebesar zarah adalah moment yang terindah dalam hidup seorang wanita.Anak adalah pelengkap yang menyempurnakan kehidupan seorang yang bergelar wanita.

psstt..jiey, rindunya moment itu.

Fysa Ismail said...

alahamdulillah,rezeki ian n baby ra la tu...betul kata akk. memang serta merta hilang rasa penat bila ade je yang menanti bila kita bukak pintu.. di sambut dengan senyum yg penuh rindu...emmmmm

Lynn Abd Latib said...

jiey

nak LIKE 1001x baca entry ini

lynn dh lewat period... hehehe..

kalo ada rezeki RA jr akan sebaya dgn anak lynn..doakan :)

Mama Kembar Tiga said...

setiap anak membawa kebahagiaan yang tak dpt nak digambarkan, kan jiey?

and betul jiey, being pregnant is a most wonderful experience, to feel another life growing inside u is totally out of this world :-)

Unknown said...

rezeki rayyan arif.Alhamdulillah,dapat harga murah beli rumah,amin.

Ina said...

setuju! bukan snang nak membesarkan anak. tapi kasih syg dgn anak xde batasnya. dialah nyawa dan dia lah nafas kita selagi kita bernyawa. kan? :)

Anonymous said...

tears falling down my cheeks reading how u describe the feeling of being in love..with your child.

well said,love this entry.

Chemso said...

salam..saya suka cara penulisan awak. tiap kali saya baca tersentuh hati. Rayyan Ariff beruntung punya ibu seperti awak. dan awak juga beruntung punya anak seperti rayyan ariff. Tuhan tak beri apa yang kita mahu tapi Tuhan beri apa yang kita perlu...

Mama Naveed said...

betul Jiey..

kalau time kene pergi kursus jauh..hubby tu tak terasa sgt rindunye..tp anak.. ya ALLAh mak die yg menangis... hehehe :D

Kedai Alam Maya Azlina said...

Setuju dgn u....
Rezeki anak2 la yg paling kita xsangka...

Lissa Supplement Shaklee said...

tersentuh hati baca entry nie....rasa mcm sedih bila ada yang berdoa untuk tidak dikurniakan anak ...gara2 takutkan rezekinya semakin berkurangan ,masa yang tkt akan semakin pendek ....itu semua xmasuk akal bagi saya....harap2 wanita diluar sana masih ada sifat kasih sayang wanita....

produk ococ said...

pepatah arab kata, barang siapa tak de anak, tak merasai manisnya kehidupan. Bagi orang - orang yang ada anak, tak rasa rehat dalam hidup..kesimpulannya hargailah setiap detik perjalanan hidup ini, kerana Allah lebih MAHA mengetahui..pelik, masih ada org berfikiran takmahu anak ni..

shidah said...

saya mmg tak pandai susun kata macam jiey...tp saya setuju sgt2...anak anugerah yg tdk t'nilai....being a mother is the most beautiful moment in our life..:)

deena said...

Allah uji kita mengikut kemampuan kita… sy pn diuji melalui anak juga….tiap kali baca tulisan akak, sy sgt tersentuh…mmm