Sunday, July 17, 2011

Di setiap doa yang ada..

Dulu sering saya fikirkan bahawa orang yang membuat hubungan kelamin pasti akan hamil. Lantas setiap kali mendengar berita pembuangan bayi hati mesti berkata, "Bodoh, taknak anak jangan la main!"
.
Cetek benar pemikiran waktu itu. Kerna mengikut kaedah sains yang kita belajar waktu dahulu, semuanya kelihatan mudah. Sang lelaki melepaskan berjuta-juta sperma ke dalam rahim, pada waktu subur, ovum menanti untuk bersenyawa, nahhh.. Terhasillah seorang bayi! Dangkal bukan?
.
Rupa-rupanya, bukan semua orang melalui kehamilan yang mudah seperti mana yang kita belajar dalam subjek sains di tingkatan 3. Ada yang menunggu sehingga bertahun-tahun namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
.
And yes, we had our part of waiting as well. Definitely there's no fun to it.
.
Lantas, di setiap doa yang ada, hambaMu ini bermohon padaMu ya Allah, limpahkanlah rezekiMu dan kurniakanlah dari sisiMu zuriat-zuriat yang soleh buat penyeri hidup kami, Kak Farah, Biey, Ita, Ida, MamaNurin dan mereka-mereka  yang masih sedang menanti Ya Allah.. Aminnn..
.
Dan juga jodoh yang terbaik buat Mak Eiy.. Aminnn.. :-)
.
Setiap kali saya bercerita tentang keterujaan menerima kehadiran Rayyan Ariff dan Baby RA, terutamanya pada BFF saya yang satu itu, di setiap itu jugalah ada doa harapan buat mereka-mereka yang saya sayang ini. Tiada sedikit pun niat lain kerana saya sentiasa meminta semoga bahagia sentiasa menjadi milik kita semua.. Aminnn..
.
Ian pun turut doakan semua, sebagaimana semua doakan Ian.. Aminnn..
.
P/s - Semalam rumah havoc sekejap dgn kedatangan Uncle, Ammi dan Ayah Chik Ian.. Bertempek je tuan kecik ni sampai susah Ammi dia nak baca paper.. Dia boleh pergi duduk kat paper tu.. Punyalah manja.. Mama tengok plak yang rimas! 

1 comment:

transformed housewife said...

Doa senjata org2 yg beriman.