Thursday, October 13, 2011

Ilmu tentang kehamilan yang saya dapat untuk hari ini..

Hari ini saya belajar tentang chemical pregnancy melalui pengalaman seorang teman.
.
Apa itu chemical pregnancy? Saya tidak tahu istilahnya di dalam bahasa melayu.. Namun melalui pembacaan ringkas, secara amnya, ianya satu keadaan yang mana, berlaku kehamilan yang seterusnya diikuti oleh keguguran pada tempoh kehamilan yang sangat-sangat awal.
.
Kehamilan ini dapat dikesan secara biasa melalui ujian kehamilan melalui air kencing ataupun sampel darah. Namun kebiasaannya, bagi UPT, garisannya agak kabur.. Dan sebelum kehamilan ini dapat dikesan melalui ujian imbasan kehamilan, keguguran sudah pun berlaku..
.
Keguguran mungkin berlaku melalui kedatangan haid yang mana ada waktunya, tuan punya badan tidak sedar pun dia sudah hamil dan beranggapan period nya hanya lewat beberapa hari.
.
Sebagai contoh, A sepatutnya didatangi haid pada 1.10.2011 dan haidnya masih belum tiba. Lantas pada 3.10.2011 dia melakukan UPT dan hasilnya adalah positif. Pada 4.10.2011, sekali lagi ujian dilakukan dan hasilnya tetap positif namun semakin pudar. Tetapi apabila ujian imbasan kehamilan dilakukan selepas selang beberapa hari dalam tempoh yang tidak berjauhan daripada tarikh UPT dilakukan, tiada apa-apa yang kelihatan dan setelah itu, darah haid datang seperti biasa.
.
Kenapa tiada janin yang kelihatan dan haid datang seperti biasa? Kerana keguguran telah berlaku. Lagi pula, kebanyakan alat UPT sekarang, banyak yang sangat sensitif dan membolehkan bacaan diambil sebelum haid sepatutnya due. Ada juga mereka yang langsung tidak sedar bahawa mereka melalui chemical pregnancy kerana setelah haid lewat untuk 3/4 hari, ianya datang seperti biasa..
.
Punca keguguran? Tidak dapat dipastikan namun ianya mungkin disebabkan oleh abnormaliti pada janin.
.
Untuk teman itu, saya tahu kamu kuat.. InsyaAllah, akan ada rezeki lagi buat kamu.. Aminnnnn.. *Sayang kamu sampai mati*
.
*Entri ini adalah berdasarkan pengalaman teman tersebut. Untuk lebih kepastian, sila google..

10 comments:

Mamanurin said...

ummmm macam yang mama lalui sekarang agaknya..last period bulan 8 tapi tak buat UPT sebab macam takut hahahaa...pastu bila dua tiga hari lepas mcm bleed, kelam kabut...ummm tak ada rezeki!

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

rasanya penah jadik.. test upt positif but the next day period cam biasa... huhuhu

Puan ApasH said...

Masa 2 bulan lepas kahwin dulu saya dah lalui mende tu. Period lewat seminggu check UPT positive. makin hari makin pudar. seminggu after tu period dtg. Jumpe doktor, doktor cakap probably kandungan tu tak kuat dan maybe ada abnormalities. Tapi masa tu tak tau pon panggil chemical pregnancy. huhuhu..

Pastu doktor bagi consume folic acid to prepare body utk mengandung. Alhamdulillah bulan depan nya saya pregnantkan Qaseh.

Ina said...

Ilmu ni luas kan. Dlu rasa dh baca mcm2 pasal pregnancy. Kita pun baru tahu pasal chemical pregnancy and tubal pregnancy last week. Kebetulan terbaca. Ada org kata tggu lama2 sket baru buat UPT kalau tak nnt frust. At least xtau pn kita dh pregnant then gugur. Tp nk sabar tu susah jugak hihi. Pilihan masing2 :)

attyfir said...

insyallah nanti pasti ada rezeki lagi.amin

noorshafila said...

Salam Jiey,

my first pregnancy was chemical pregnancy. Keguguran berlaku pada minggu kelima. Memang sedih sangat.

Alhamdulillah, selepas sebulan Allah bagi pengganti :) maka lahirlah Alisha.

ieda said...

honestly...akak pun tak penah dengar term tu.tapi bos akak dulu (O&G) ada bgtau sebenarnya ada banyak keguguran yg berlaku tapi tidak disedari oleh wanita tersebut sebab berlaku pada peringkat awal.maka wanita tsbt sangka dia hanya lewat menses.
akak juga penah bnyk kali dapat kes UPT kabur disusuli dgn menses selepas beberapa hari.

tapi kena beringat juga sebab ectopic pregnancy pun UPT biasanya kabur.

ain zuraini said...

saya pun pernah mengalaminyeee..Alhamdulillah sekarang sudah 15weeks..

Mama Naveed said...

Salam Jiey..

Thanks sebab post pasal ni.. Actually kan, orang memang tengah deeply sedih gak pasal menda nie.. Hehehe.. Sebab hopefully dapat bersalin on next June.. And harapan tu besar sangat bile dah almost 1 minggu haid lewat.. And dah siap planning macam-macam, walaupun just dalam kepala je.. So bile period lepas tu, rase tertekan sangat.. Sedih gile! Ermm.. Tak ade rezeki lagi la nampak nye Jiey.. :)

Unknown said...

mcm mana pula dengan bila membuat ujian UPT selang beberapa hari baru garisan kedua terihat walaupon agak kabur?