Thursday, February 28, 2013

Cerita tentang maid, cerita FB, cerita kerja dan rezeki..

Lately, banyak sangat cerita pasal maid. Mungkin sebab secara kebetulan, kawan-kawan kat FB pun baru dapat maid. So dah macam jadi fenomena lah pulak.. *perkataan takleh blah*..

Apa citer dengan maid? Seriously, dah malas nak citer lebih-lebih. Korang judge la sendiri tahap mana my current maid is.


Tugas dia pagi-pagi pakaikan kasut Rayyan Ariff, tengoklah, stokin sebelah betul sebelah terbalik. Kalo kita pikir logik, takkanlah ko tak perasan benang berbulu-bulu tu? Dah jadi kerja pulak ahkak gigih bukak kasut and pakaikan balik stokin tu traffic light..

Memang lap peluh betul dengan makcik ni! Paling best, hubby balik rumah wat spot check around 1pm ari tu, pintu depan tak berkunci, pintu sliding terkangkang sehabis luas. Rayyan Ariff kat living room tgh tengok TV dengan pakai baju sekolah lagi, Rifa Aleesya pulak dalam our room tengah tidur, and the maid was in her room, tido!

Hubby siap bancuh susu utk Rayyan Ariff, angkut bawak masuk bilik to put him to sleep for his afternoon nap, si maid ni boleh tak sedar-sedar. After a while, baru dia bangun and tried to open our bedroom's door sebab cari Rayyan Ariff. Hadoiii la.. Kot orang nak culik anak-anak ke, nak naik mencuri ke, dah settle baru ko sedar kot! Nauzubillahhhhh.. Ya Allah, jauhkan anak-anakku dari sebarang merbahaya.

Bila kami tegur, "Biasa bibik enggak gitu. Bibik tadi lagi makan obat selsema.. Jadinya Bibik mengantuk berat.."

Huk alohhhh.. Kalau makan ubat selsema sekali pun, bukannya lepas makan ko terus jatuh gedebuk tertidur kat lantai sebab ngantuk. Siap boleh masuk bilik kan? Susah sangat ke nak kunci pintu pompuan ni? Dulu dah penah bgtau, JANGAN LUPA KUNCI PINTU when my mom caught her tak kunci pintu sliding and Rifa Aleesya dok tido kat hall sorang-sorang whilst dia dok dalam bilik. So masuk yang ni, dah 2 kali la kantoi.

Hmm.. Dah malas nak cakap. Dah taktau nak nasihat macamana. Sudahnya, we decided that we definitely need a CCTV. Fullstop.

Next, pasal FB. What's wrong with FB? FB, FB lah.. Orang tu update pasal tu.. Orang ni update pasal ni.. Lantaklah korang nak update pasal apa pun. Tak kisah.

Tapi yang membuatkan ahkak sentappp a few days back, bila ada yang komen dekat cerita ahkak as per my previous entry. Ala.. Entry pasal agen tu.. Kata orang yang komen ni, dia cuma nak tegur, as a mother kita kena check beg sekolah anak kita sendiri. Jangan harapkan bibik. Tugas bibik cuma jaga ank kita, yang mendidik tu kita.. Lebih kurang gitu la..

Oh, taulah saya ini merujuk kepada ayat saya bila mana saya mentioned, beg sekolah Rayyan Ariff tu kalau tak check, ada je la yang tertinggal.. Susu ke.. Bekal ke..

To me, if you dont walk in my shoes, dont you dare to lecture me on parenting. You dont know the lenght that I'm willing to go for my kids, so dont judge me based on one status. Ye.. Ye.. Dah tau status tu misleading, jangan la tulis camtu eh??

Banyaklah ko! Nama pun status FB, kalo nak tulis panjang2, taip kat belog lah wehh.. I'm not claiming myself as being a good person yang tak pernah mengata orang. In fact, banyak kali dah rasa menyampah dengan status or gambar yg ntah apa-apa.. And there are times where I started typing my comment, kononnya geram or menyampah. Tapi masa taip tu, berhenti sejenak, baca balik ayat, fikir about the appropriateness, fikir about situation org tu. End up, mmg automatically tak jadi komen. Iye la, who are we to judge when we're not even there to witness the whole event kan?

Back to the comment. Bila dia kata saya tak check beg skolah Rayyan Ariff dia silap besarlah. Mode of communication between teachers and parents adalah through notes. So sah-sah la kena selalu check beg sekolah kan? Habis, kalo kata selalu check, macam mana boleh tertinggal bekal? Tertinggal susu?

Ok, here goes.

Bangun pagi-pagi, saya akan masak untuk anak-anak. Masak 2 jenis makanan. Satu nasi, satu lagi would either be makaroni or spaghetti supaya anak tak bosan. Bila dah siap masak, barulah saya kelam kabut bersiap nak gi office.

Nama pun baru masak, takkan nak terus letak dalam bekas, tutup n terus masuk beg. So bekal Rayyan Ariff, saya akan anginkan dulu sebab taknak berkuap. Bibik pula akan bagi breakfast kat anak-anak masa saya tengah bersiap ni la..


Bila dah siap pakai baju tudung make up segala, the moment saya bukak pintu bilik, dah ada budak kecik cinonet berlari-lari datang. Siap bergantung kat kaki sambil tarik baju. Nak berjalan pun susah ok. Nak tak nak, angkat n dukunglah makcik kecik tu.. Kalau tak, memang meraunglah.

So masa ni, sambil dukung Rifa Aleesya saya akan kata, "Bik, pakaikan kasut Rayyan dan tunggu di depan yea.." Di sinilah tugas bibik kena masukkan makanan dalam bekal tadi ke dalam beg n tutup siap-siap. Beg dengan bekal tu sebelah-sebelah je kot. Macamana saya tak marah kalau dia lupa masukkan Bukannya kena berjalan masuk dapur ke apa.

Same goes to susu. Susu untuk minum kat sekolah, saya dah siapkan awal-awal dalam beg. Susu untuk minum dalam kete would be the same susu yang Rayyan Ariff minum lepas breakfast tadi. Pakcik kecik ni, buat 3oz pun tak habis dalam masa setengah jam.. Bukan hisap bersungguh cam orang lain. Lebih kepada main-main. Tu yang buat sekali 3oz, minum sikit while tunggu mama bersiap, pastu sambung minum dalam kereta.

Next, sambil kendong si Rifa Aleesya, saya keluar rumah berjalan ke tempat parkir kereta. Nak jadi cerita, parking kereta dengan rumah bukan dekat. Kata apartment kan... Lot parking saya nun jauh di hujung pagar. Lepas 2 anak jalan tu, lepas 6 baris parkir kereta OK. Senget-senget dukung anak pun tak kisahlah, anything that could please her.. Yea la.. Sekejap lagi dah nak tinggal gi keje.. Malam kang baru balik pulak.

Dah panaskan enjin, bawak Rifa Aleesya pusing satu round dalam pagar apartment tu dengan kereta, baru amik Rayyan Ariff kat loading bay yang tengah tunggu dengan bibik sambil pegang beg sekolah. Masa ni, Rayyan Ariff tukar dengan Rifa Aleesya. Bibik bawak masuk Rifa Aleesya while saya dan Rayyan Ariff drove off gi school/office.

Itulah rutin setiap hari. So, which part nya yang saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu? In fact, org taktau, tiap-tiap pagi kita ni willing berpeluh-peluh bawak anak gi amik kereta n pusing-pusing dulu. Semata-mata nak please kan anak... Padahal tak perlu pun, might as well saya just pimpin Rayyan Ariff gi kat kereta. Terus gerak. Tak perlu nak melayan kerenah anak katanya. Tapi hati mak ni tak gitu la.. Dah abangnya merasa naik kereta tiap-tiap pagi, apa salahnya si Adik pun merasa jugak.

Nampak tak? Jadual orang lain kita tak tahu. So tak payah nak suka-suka buat remark pasal how to be a good mother. In fact, a few friends whatsapp, pm me about the comment wayyy before I could read it first. Sebab kebetulan masa tu busy.

So itulah citer FB.

Honestly, I welcomed comments and criticism. Kalau membina apa salahnya. Pernah ada yang hantar emel pada saya, Alhamdulillah dengan bahasa yang sangat elok, tegur kata dalam banyak-banyak things that I've done for Rayyan Ariff, tak banyak pasal agama. Dia tak nampak katanya. She advise me untuk cuba emphasize more on religion matter on Rayyan Ariff. Bila I got that email, I analysed my way of parenting. Betul, kurang dari aspek tu. So saya cuba perbaiki diri.

Instead of tutup pintu masa nak solat sebab takut anak-anak kacau, let them watch and learn. Bila nak berdoa, ajar diorang tadah sekali. Bila nak baca quran, let them listen. They may not know now, but they will understand it later.

Alhamdulillah, disebabkan satu teguran, saya boleh perbaiki diri. See? Takde maknanya kita nak ego tunjuk as we knew it all.. Apa yang orang tegur, kalau betul, kita admit dan buatlah.

OK. next cerita kerja. Macam sibuk gila, macam busy benar wohh. Main reason, boss dalam midst of clearing her work, sbb kena transfer. Early Feb hari tu, last day org no.2 aka assistant boss. Resigned for better offer.. At the same time, hari ni last day org no.3.. Used to be my supervisor before I got promoted. So bila sorang demi sorang kepala department keluar n diganti dengan orang baru, things are a bit stressed up la rasanya. Messy gitu.

Tak suka. Tapi nak buat macamana. We just have to take up the challenge. Sisa-sisa hari yang berbaki  dengan boss lama ni, kita manfaatkan kerja sehabis boleh. Sudahnya, almost everyday balik lambat. Balik kerja, melayan anak-anak pulak. So, memang takde masa nak fikir benda lain.

On a lighter note, boss pushed for this to happen before she left:
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak..

Seriously tak sangka. Because I will only due for this post later in Aug. Masa tu dah boss baru. From March to Aug, takkan la sempat boss baru nak evaluate performance. Nak tak nak, mesti Feb next year baru merasa kot..

Alhamdulillah, rezeki.. Terima kasih boss. Thank you for the acknowledgement. Even just now, boss no.3 datang.. Bagi some advise and encouragement. The fact that orang percaya kat kita and trust that we can go further, memang buat kita rasa terharu kan?

Mungkin, I've to set a target. Dalam 2 tahun kejar Sr Manager pulak. Eh.
Hahahaha..
No lah. Takmo jalan tinggi2 sangat. Nnt takde work-life balance. Cukup makan pakai anak-anak, selesa rumah tangga, OK la kan? ;-)

K bye, till then.

Sunday, February 24, 2013

Update kat FB pasal maid.. Aci?

Kira copy paste je la.. Aci? Hehehehe.. Penyakit M dh dtg wehh.. Update kat FB ni pun pasal kawan2 dok tanya. Ala.. Ni la bendanya yang I adalah berdebar-debar dlm entry before this.. 


Dari umur Rayyan Ariff 9 bulan hingga sekarang, dah 3 org bibik berkhidmat utk kami. Since the first maid had to go back for good due to family problem after 3++yrs of service, kami nekad tanak amik maid lagi. Tapi keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang turun naik membuatkan kami tak ada pilihan. Then we took in a new one. Yg 2nd ni mmg budak la sgt and her lack of experience mmg menyusahkan especially in handling Rayyan Ariff. Tapi satu lebihnya dia, sayang Rifa Aleesya sungguh2.. Tak sampai setahun pn dgn kami, she went back. 


After giving it a serious thought, we took in another one. Macam maid2 sebelum ni, kami ambik based on recommendation. This agent was introduced by a good friend of mine. Dengan my friend ni, mmg bagus la.. So we said yes. 


Arrangement mmg simple, kami bayar a few thousands, bagi dokumen2 n dia akan uruskan everything. Tunggu dapat permit je. Medical n passport bibik dia akan bg bila dh settle uruskan permit, sbb dia nak kena bg kat Imigresen dulu. Ok fine, kami terima. 


Bila dah bayar mahal, kita expect dpt la yang bagus, yang well trained, tapi ke laut. Maid ni blur gila.. Bila kita bgtau, "Ya.. Ya.." Dia jawab. Tapi lain yg kita suruh, lain yg dia buat. Beg skolah Rayyan, kalo tak check, mmg patah balik la jawab dia.. Ada je yang tertinggal, susu la.. bekal la.. Kalau balik mana-mana, kita tak suruh keluarkan baju drpd beg, duduk la baju tu berminggu-minggu kat situ nya pun.. Pendek kata, semua kena bersuruh hatta tukar cadar sekalipun. 


Tapi one good thing about her, sangat-sangat menghormati majikan dan sanggup utk belajar. Suruhlah dia, tegurlah dia, patuh sgt. Selagi kita tak masuk tido, dia pun tak tido. Duduk la dia bersimpuh kat dpn pintu bilik dia, standby tunggu arahan katanya. Selagi kita tak makan, memang dia takkan makan. Walau lapar macamana sekalipun. Cuma satu part je kena tahan. Suka mintak duit nak beli topup n mintak gaji awal.

Tak berapa lama bibik ni sampai, dia mula batuk-batuk. Katanya, adjusting period. Iye lah, tak biasa dengan aircond, tak biasa dengan kipas. Tapi lama-lama, batuk ni merebak kat anak-anak esp Rifa yang dok dalam kain gendong bibik almost sepanjang masa bila kami gi keje.. Batuk Rifa teruk tahap muntah almost setiap malam. Bawak gi klinik, tak tahan mana pun.. Dh byk kali check. Dalam pada tu, batuk bibik pun makin menjadi-jadi jgk..

Waktu submit permit (which at the end sdr yg submit, agen taktau apa-apa), agen suruh bagitau dia before buat fomema. Katanya, X-ray bibik ada problem sket ari tu.. Tapi nothing serious. Before buat fomema, suruh bibik minum susu pekat nak bg clear x-ray film.

Masa tu dah start rasa tak sedap n mula tanya itu ini. Tapi agen keep on insisting that takde apa-apa. 

Bila batuk bibik and anak-anak tak baik-baik, kami bgtau bibik yang kami nak bwk semua gi klinik. Bibik mati-mati tak mahu n bg macam-macam alasan. Dia suruh belikan ubat sahaja. Rasa tak sedap makin meninggi. 

The next day, kawan yang ambik maid dengan agen yang sama bgtau something. Katanya, agen tu bgtau maid dia yang dia ni tgh risau takut my maid ni tak lepas medical check up. Tak lepas fomema. Kalau tak lepas, mana la dia nak cari org nak ganti. Katanya, paru-paru Maid kami ni bermasalah. 

Subhanallah, masa dengar ni, marah giler, bengang giler. Semata-mata nak kejar duit, sanggup bawak org yg ko dh tau ada problem. Gile ke manusia? Bkn ke ko dh tau maid ni akan jaga 2 org budak kecik?? Sorang baru umo 14bulan n sorang lagi mmg dh sah-sah ada health issue. Dari awal lagi aku bgtau ko kan? Mmg takde hati perut la bila ko boleh buat 'buta hati' n hantar org yg "paru-paru ada masalah sikit"

Patutlah bibik pn sama naik, banyak kali ckp takmo buat permit. Kerja iillegally, nnt balik pakai pasport tendang. Rupanya nak lari dari fomema!

Hari tu jugak, sy balik mengejut, angkut semua gi buat medical check up. Turns out, mmg x-ray result bibik abnormal. Tapi Alhamdulillah, bukan tibi. Kalau sungguh, sumpah, tak tahu nak kata apa! Memang kalo nk mengamuk pun dh takde guna. Dr. pn marah2 sbb kes macam ni dh byk jd. Tipu medical la.. tak buat lgsg la.. Macam2. Kata Dr. lg, result maid awak ni kena refer kat specialist. Kalau specialist reject, tak payah la proceed dgn permit application. Mmg takleh buat fomema pn. Kalau buat, mana-mana clinic pn takkan approve. 

Masa ni, marah mmg meluap-luap. Manusia ni, kalau akai dh letak kat lutut, semua pn sggp buat dak?? Kata bibik, dia tak buat check up masa kat Indon. Kata agen plak dh buat tp takde apa-apa. Taktau mana yang betul. Tp the fact that ko mmg dh tau something is not right with the maid's lungs, mesti la dh buat kan? Wallahualam. 

Bibik pulak dh merayu-rayu. Katanya dia perlu kerja, nak sara anak di kampung. Kata dia lagi, dia tak sggp nk balik sbb dh syg dengan Rayyan n Rifa. Sayang pn, kamu nk suh sy buat cemana Bik?

Alhamdulillah, tuhan tolong. Result full medical check up bibik dh keluar semalam and things came back normal. Even though x-ray result tu tak 'secantik' org biasa, tapi 'kelainan' tu bkn disebabkan penyakit berjangkit atau seangkatan dengannya. Batuk tu pulak, batuk berkahak biasa. Maybe betul, she's adjusting herself to a new environment. 

Result bibik..

So kesimpulannya di sini, sbg majikan, kita sepatutnya check things thoroughly.. Dont take agent's words macam tu je.. Jgn dia kata sihat, kita pn ikut. Apa-apa sekalipun, periksa, periksa, periksa. Kalau agen bg alasan dokumen takde sbb dh serah kat imigresen, bgtau awal2 kata before buat submission, dia WAJIB tunjuk original dokumen n buat copy utk kita.

Agen pn satu, jgn nak pikir untung semata. Nyawa manusia bukan boleh dijual beli. Kalau ada jual kat kedai, agaknya takde la jutawan n hartawan sakit dan meninggal. Boleh tak hargai setiap 'kehidupan'? Kalau dh tau ada yg tak kena, awal2 lg jgn hantar. Menyusahkan org, tahu?
Dalam kes kami, Alhamdulillah, masih rezeki kami.. Kalau dibuatnya mmg Bibik ada penyakit berjangkit, kesian budak kecik yg jd mangsa. Duit ribu-ribu bg kat agen tu satu hal, tapi yang plg penting, kesihatan tu bkn benda yg boleh dijual-beli. 

Alhamdulillah anak-anak pn OK. Just batuk berkahak. Sy kan dah selalu tgk kesakitan seorang anak. Serius tak sggp. Sbb tu lah mek melenting berdenting-denting.. Hehehehe.. Sekian. Harap-harap terjawablah pertanyaan kawan2. 

Kalaulah upfront kami tahu pasal condition bibik ni, maybe kami takkan amik kot.. Iye la, even tho bkn penyakit berjangkit, tapi tanak amik risiko. Tanak lgsg. Tp the fact that she's already here and everythig is currently being processed, redha je la.. Mohon pada Allah SWT, semoga setiap satunya di antara kita, terus-terusan di dalam lindungan rahmatNya. Aminnnnnn

Wednesday, February 20, 2013

Killing the time kononnnn..

Hati tengah berdebar. Meh kita cerita sikit.

Chinese New Year hari tu kan baru a few days blk from Bandung/ Jakarta. So penat tu tak hilanggggg pun lagi. Memang takde plan nak gi mana. Tapi nak jadi cerita, "Abang" saya yang sorang ni kahwin during that time. Mula-mula tu, telan liur jugalah nak hadap traffic ke utara time-time cenggitu kan? Tapi untuk orang yang bermakna dalam hidup kita, memang semua tolak tepi la kan..

Majlis hari Ahad, so kami decide untuk gerak on Saturday. Petang. Dari awal tak habis2 dok baca review kawan2 kat FB. Ada yg 5 jam, ada yang 7 jam, tu baru dari KL ke Ipoh. Belum kami yang nak rempit sampai ke Arau ni.

Around 6pm kami gerak. Dengan 3 kali berhenti makan, solat n isi minyak, kami sampai kul 3am. 9 jam.. Hahahah.. Jalan takde la jam mana, tapi kereta banyak la.. So takde makna pn kalo ada sesape nak speeding. Sampai terus tido.

Esoknya, bangun tido pn dah lewat masing-masing, sebab penat kan.. Lepas breakfast, siapkan anak-anak, kemas-kemas, by 1230 terus gerak gi majlis Abg Arie.

Alhamdulillah, sempat gak jumpa pengantin.. ;-)

Lepas makan, terus gerak balik KL. Dengan sekali berenti solat, sekali berenti isi minyak and tukar driver, kami sampai KL dalam masa 5 jam stgh.. Beza sungguh kan?

Kul 8pm smpi umah, kemas itu ini, tido la sebab dah penat pun. Esoknya, which was hari Isnin, gi umah PIL in Rawang.

Anak dara Mama.. Sekejap aje dah besar kan?

Hari Selasa, lepas hantar my mom balik, kami just lepak-lepak kat rumah. Petang sket, bawak anak-anak gi taman..

Pakcik ni sekarang makin malas nak jalan.. Padahal boleh jer.. Memang dia tanak.. Tak faham betul.

Kalo dok kat stroller gini takpe la dia.. Haishh la anak..

Hat ni takyah citer la kan.. Seksi meksi bagai..

Usah kata dok stroller, dukung pn takmau!

Tu je citer cuti-cuti. Next public holiday? 1st May la kan?? Jauhnyaaaa.. *LapPeluh*
Ok la, nak smbg berdebar.. Sebab berdebar? Lenkali citer. Bye!

Friday, February 15, 2013

Trip to Jakarta - 2nd - 4th February 2013

Cuba bersungguh-sungguh nak habiskan update. Now, continuing with Jakarta trip.

Settled kat Bandung, terus shoot ke Jakarta. Traffic kat sana memang semedang macet lah.. So it took us 4 hours nak sampai. By the time sampai, dah maghrib. Kali ni kami amik apartment, sebelah je dengan Central Park ke apa.. Memang boleh jalan kaki la..

Apartment dua bilik, tapi takde la besar mana.. Living, dining, kitchen etc sempit je pun.. Tapi much2 better kalau nak compare dengan hotel kat Bandung. Rifa Aleesya memang excited la.. Senang nak explore sbb masa kat Bandung tu, katil dah nak rapat kat dinding gamaknya. Gitu la kalo x buat research betul2, main taram jer..  

Tapi bila gi ramai2 ni, lagi excited duduk apartment cenggini dari hotel. Sebab leh duduk semua sekali. Lagi meriah..


Ni antara photos yang snapped kat apartment tu.. Takde pula gamba dining and living room.. Murah je apartment ni.. Dalam Rp700/800k je kot for 2 days.. Lupa dah.. Ada la jugak dia bg extra toto..

Sampai kan dah maghrib, terus bg makan anak-anak and mandikan diorang.. Kat bawah apartment ni ada Giant. Suh hubby turun beli sabun sbb nak basuh baju yg selambak tu.. Kan dah mentioned before this Rifa Aleesya buat pesen minum susu+batuk+muntah berulang kali sepanjang kat sana. Lagi pun bau muntah kan lain macam sket.. Kot nak tunggu balik Mesia baru basuh, memang pengsan la..

Kena pulak 3 bijik blower aircond kat tempat jemur baju, memang heaven la kan.. Basuh tangan, spinned pakai mesin, memang kejap yang amat je kering.. Hahahha.. Best! Smpi ketagih nak membasuh baju jadinya.. Hehehehe..

Malam tu saya dan anak-anak takde gi mana-mana dah. Kesian diorang dah penat. Hubby plak turun cari barang n makanan je kat bawah tu.. Tapi yang lain-lain masih semangat.. Nak tengok Jakarta waktu malam katanya. Tapi x keluar dengan supir pun.. Just jalan kaki gi mall sebelah tu je..

Taman Anggerek.. Happening gila..

Kebetulan kan dah dekat ry cina time ni.. So diorg buat replika binatang2 ikut tahun cina.. My bro ni poyo amik gamba sebelah ayam ni bkn sbb dia bapak ayam yer.. Tapi sbb dia lahir tahun ayam jantan katanya.

Mereka @ Central Park

Tahun ni tahun ular kan? Ke apa eh? Nahhh.. Ambik la ular sekor.. Hat lain takyah la upload..

My mom n my younger bro takde la lama keluar. Jap tu diorang balik. My elder bro+SIL+ younger sis teruskan penerokaan dengan tengok wayang. Apa2 entah gi tengok movie sampai ke Jakarta.. Hahahah..

Esoknya, breakfast pagi dengan nasi uduk beli kat kedai kat bawah tu je.. Macam nasi lemak kita la.. Pastu siap-siap nak kuar. Tapi diorang ni gi layan citer Columbiana kat Fox Movies.. Last2, dekat kul 10 ke 11 baru kuar.. Sian supir tu tunggu lama kat bwh..

Seronok meronda sebab ada ruang eh Dik?

Dua-dua budak kecik ni, kalau naik lif mesti pakat2 nak tekan.. Hehehe.. Ank korang pn mesti sama dak??

Agenda 1st, gi airport kejap. Semata nak gi kaunter AirAsia sbb nak tambah luggage size. Sebab bila menengokkan barang tu, macam konfiden la tak cukup.. Baik bayar siap-siap sbb kalau extra baggage, diorang charge RM50 per kg. Macam penalti gitu.. Padahal kalau beli baggage, baru RM80 utk 40kg.. So kitorang topup another 40kg la.. Cuak takut x cukup.. 

Pastu ke Mangga 2 kita.. Mulanya ingat nak gi Tanah Abang.. Entah apa kena dgn supir tu.. silap ageda macamana tah.. Orang dah la kemaruk nak shopping.. Potong stim..

No, no, no - Siap buat gaya as in, marah la ni.. Sbnrnya kita marah dia sbb buat pangai, tetiba jadi dia marah kita balik.. Ado??

Satu Malaysia ke makcik? Hehehehe..

Mangga 2.. Gila tak? Ahkak gila jer..

Hah pilih bang pilih.. Murah-murah tu..

Kat sini, yang paling menarik perhatian adalah cermin mata. Ala, spek mata biasa tu yang korang pakai tu.. Macam contoh, cermin mata Rayyan Ariff buat kat Mesia RM300. Kat sini diorg quote RM180 jer.. Gila murah. Memang tercalar jiwa ko! Dah niat nak buat cermin mata baru Rayyan Ariff, tapi boleh terlupa nak bawak spek lama dia tu.. So x berani la buat, even tho diorang test jgk power mata Rayyan Ariff, tapi x berani nak pakai yang diorang punya. Sebab before this, memang specialist aka ophthalmologist yang check.. So tak buat. Rugi.. Rugi..

Tapi my bro semoat buat yang dia punya. So menunggu jugak la jawab dia.. Dalam masa sejam dua dah leh siap dah pun..

Sambil menunggu katanya. Tengok Bang Ian, tegap kan? Bila tengok gamba ni baru perasan sebenarnya..

Nak suh pushed stroller pun kena bagi semangat sket kat Abg kita ni.. Cheerleading gitu.

Bila kita hala kamera, berenti pulak sambil tunjuk 'peace'.. Adik plak, dah hisap jari, nak tido la tu..

Adik senang jer.. Bagi makan, diam la dia.. Hok tua plak, bagi iPad, diam la dia.. ;-P

Kat Mangga 2 ni, kami topup sket beli barang macam t-shirt, keychain, and handbags. Gitu je la.. Dalam2 gitu pun, banyak gak la duit yang terbang kat sini..

Habis kat sini, supir bawak pusing bandar Jakarta.. Taktau la kalau salah, tp I feel like Jakarta is much much much bigger than KL kot eh? Ke tak? 





Berenti lunch kat satu restoren nasi padang. Murah gila weh.. Makan seramai-ramai rombongan Cik Kiah kami ni, baru Rp265k. Lebih kurang RM88 gitu la..

Dah tu my mom nak beli barangan batikn kraftangan. Supir pun bawak la kami gi Thamrin City. Saya cuma naik kejap je.. Dah takde apa nak beli pun. Pastu lepak kat kete ngan anak-anak, SIL and adik-adik. My bro yang bawak mami carik barang..

Ni En.Hubby stopped penjaja ni sbb nak beli rokok Samsoe buat saguhati kat kawan2 office. Boleh?? Macam2 la.. Ahkak terus amik kesempatan snapped photo.. As always, Rayyan Ariff la yang jadi mangsa kalo bab2 gini.. Hehehe.. Jadi model katanya.

Us @ Thamrin City

Kami lagi. ;-)

Lama sangat tunggu, kami jalan ke depan, tahan Bajai pastu naik sampai ke kete.. Nak naik jauh2 jalan jem.. Dibuatnya mami dah settled, kang lambat plak kang. Sempat la buat dua kali, sambil2 habiskan duit syiling.. heheheh.. Layan jugak naik menda alah ni..

Seterusnya, kami ke Monas. Ni kira mercu tanda Jakarta la jugak.. ramai je orang ke sini nengoknya.. Kawasan lapang.. Ada yang main layang-layang, remote control car etc. 

Daddy and daughter.. ;-)

The 4 of us.. ;-)

Kami.

Lepas tu kami terus gerak gi ke kete.. Tinggal la yang muda-muda ni nak ber camwhore kononnya..

Entah apa-apa eh??

Dah tu, terus balik. Malam tu ada jugak la yang sambung lepak kat Central Plaza. Asalnya just my sis jer kuar gi beli KFC and Pizza for all.. Tp my bro ni kaki membeli. Boleh dia balik kul 12am ke 1am entah, bawak apam balik coklat la.. Pisang dipped in chocolate la.. Pisang with cheese la.. Bihun goreng n ntah apa2 lagi la.. Padahal dah sah-sah masing2 dah kenyang pun ha..

KFC diorang leh tahan tau. Ada meal apa ntah nama dia, yakiniku ke apa.. Sedap.. Macam Chicken chop gitu.. Siap ada nasi. Kat sini takde plak. Pizza dia pun lain flavour dgn kita. So ok la.. Stakat nak try..

Esoknya, check out and terus la ke airport..

Depan apartment. Belon dua kat belakang tu Bang Ian punya. Berbaloi beli.. Kat Mesia RM5 satu.. Kat sini, dapat dua..

Masa kat airport ni cuak jugak. Takut baggage lebih.. Kalau kat Mesia, strict sket.. Kalau satu orang baggage dia 20kg, dia kena check in sorang-sorang. Barang dia takleh la lebih drpd 20kg.. Tapi kat sini, diorang kira group.. Group check in gitu.. So, kalau sorang ada 15kg, 8 orang ada la 120kg.. Memang dah cukup sangat la tu.. So lega la..

oh yea, nak kuar kena tax tau.. Kalau kat Jakarta RM150k per passenger seat. Dalam kes kami 8 la.. Kalau Rifa Aleesya pn ada her own seat, memang kena charge jugak la.. In this case tak payah sbb she's travelling with me.. Kalau exit from Bandung dia punya tax kurang sket rasanya..

Settled checked in, keluar kejap main amik-amik gambar lagi.. Gitu la kalo ikut my bro.. Suka nau bergamba..


Ok, sekian.. Itu je la cerita percutian kami..

Sampai Malaysia around 4++ pm.. Tunggu yang lelaki pegi amik kereta and whatnot, sampai kul 7pm jugak la kat rumah. Bersihkan anak, bagi makan, mengemas semua, by 12am jugak la baru dapat tido. Letih yang amat! Esoknya keje.. Tak saba nak tunggu weekend katanya. Weekend yang chinese new year smlm tu.. Hehehehe..

Ok, next entry pasal cuti CNY pulak eh..

Thursday, February 14, 2013

Bila Izrail datang memanggil..

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Zawiyah, bonda kepada Auntie Chah aka Fiona Ross. Meninggal pada usia 63 tahun kerana terlibat dalam kemalangan di Gerik. Pertembungan antara sebuah bas dan kereta yang dinaikinya.


Dan aku tumpahkan airmata, untuk ibu kepada seorang sahabat. Pemergian yang terlalu besar dan tragis. Dugaan yang besar untuk sang sahabat dan juga diriku. Terlalu sakit untuk sahabat itu. Terlalu perit untuk sahabat itu. Mungkin kerana, aku sendiri adalah seorang anak. Mungkin kerana, seorang ibu adalah sahabat paling akrab bagi seorang anak.

Al-Fatihah.

Salam takziah, sahabat.

“Sesungguhnya disisi Allah sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu mengandung); dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya keesokan hari, dan tiada siapapun yang mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya tentang sesuatu yang tersembunyi.”
(Surah Luqman 31: 34).

Tuesday, February 12, 2013

Trip to Bandung - 31st Jan - 2nd Feb 2013

Orang lain dah lama sampai ke Bandung, kami baru terhegeh-hegeh eh? Main reason, struggling dengan timing la.. Annual leave tak pernah cukup sebab allocation memang untuk anak-anak la.. Cuti setahun baru 23 hari, 23 hari ni la nak kena manfaatkan untuk temujanji dengan para doktor, dan paling crucial, bila anak sakit.. Tu belum lagi bab nak cuti raya ke apa. So bila dah macam ni, mmg sakit la sket nak plan bab2 pergi bercuti hu ha hu ha ni.. 

Abah saya bukan kaki berjalan. Maybe sbb through his course of work, dia dah berjalan ke merata tempt. Outstation sana-sini. And then dia ni bukan jenis yang bawak isteri ke apa bila outstation. Work is work. So yang kesian my mom la.. Sbb mami ni memang suka part2 visiting tourist spot ni.. Iye la, dia pun housewife je pun.. Mana la ada chance nak ikut rombongan mana-mana. Hehehe..

Bila saya dah kerja and kehidupan pun agak OK, saya start bawak Mami jalan-jalan. First trip, bawak gi Melaka (kesian mami eh? Gi Melaka pun tunggu org bawak..).. Pastu saya bawak gi Cameron Highland. Then Langkawi, Genting, Bukit Tinggi etc.. Bukan la skali gus sbb utama, budget n allocation cuti. So sekarang, tinggal lagi Sarawak yg mami takgi.. Negeri-negeri lain Alhamdulillah dia dah sampai. Mekah? In Shaa Allah, coming soon. Tunggu Abah yang lagi 2 hari nak pencen.. ;-)

Nak jadi cerita, my eldest bro dapat offer further master abroad and he'll be leaving for 2 years. So kami pun segerakanlah trip to Indonesia yang dah selalu-selalu dok sebut-sebut. Ambik kesempatan lepas bonus dan tahun baru (aka cuti baru - cuti last year -ve..), terus kami pergi.

Being the main sponsor for the trip, ahkak budget takmo la shopping mopping deknon.. Sekali, mak aihhhh!! Sungguh bagai di kata, Bandung ni memang heaven untuk orang pompuan.. Ahkak yang bukan kaki membeli ni pun terpengaruh ko!! So lenkali, takyah la nak buat ayat, "Takde nak beli apa sangat pun.." Nanti laki korang gelak guling-guling. Kahhhhhh..

Businesswoman yang very the busy kat airport..

Kitorang sewa 2 bangsa MPV kat atas ni dengan supir skali.. Harga, very the reasonable lah I tell you!! Yang dukung Rifa Aleesya ni bukan supir yea, ni adik ahkak deknon!

Kitorang stay kat Orange Syariah Home. Booking kat Agoda je pun.. Bilik sempit yang amat.. Baik la korang gi booking apartment kat Cihampelas nun..

Sampai kat Airport Jakarta, terus gerak gi Bandung. Smpi kat Bandung dah kul 4 lebih.. Lepak2 kat bilik je.. Pas maghrib baru kuar.. Perut lapar tak hengatttt..

Ni namanya Rumah Makan Sederhana, tapi harga.. Subhanallah.. Kalah makan nasi padang kat Kelantan wehhh.. Seramai kat atas ni makan, kitorang kena Rp700,000. Cuba bahagia tiga, tak ke dah dua ratus lebih duit Mesia tu.. Bukannya makan banyak meletup-letup.. *TepukDahi*

Lepas makan, gerak gi Rumah MODE.. Antara Factory Outlet yang bersepah kat Bandung ni la.. 

Elok tengah pilih baju, diorang announced, "Sepuluh minit ke depan, toko kami akan ditutup.." Melompat-lompat ahkak rembat baju selai, try, terus gi bayar.. Hehehehe.. Sempat ko!

Esoknya, lepas breakfast, mula-mula kami gi Grande.. Another factory outlet. Kat Grande ni, sempat la rembat seluar khakis / slack untuk Rayyan Ariff pakai gi skolah. Bayangkan la, sehelai RM14 jer..  Tak ke pitam ko! Alang-alang murah, amik banyak sket. T-shirt Polo selai pun belas-belas RM je.. Nasib takde size, so amik selai je utk Rifa Aleesya..

Kiri-kanan tunjuk.. Nampak nar hilang arah.. Haahaha..

Next, ke Pasar Baru kami.. Heaven I tell youuuuuu!! Kain pasang, telekung cantik-cantik, jubah etc.. Ko tinggal bayar jer..

Benti amik nafas lepas penat shopping..

Rombongan Cik Kiah borong telekung! Lagi murah drpd Kota Bharu wehhhh..

My SIL ni terror gak.. Menyelinap sorang-sorang pastu dtg dengan kain pasang and kain untuk buat jubah yang cantik2.. Tudung bawal plak RM3 selai.. Sedozen member borong.. Kot kalo tak ingat dak Rifa, harus ahkak rembat jugak.. Dengan beranak kecik ni, mmg napesu nak berbawal ke laut lah!!

Sesi cari kain pasang untuk bakal pengantin..


Shopping jangan sampai hilang anak sudah wehhh

Dari breakfast pagi2 hari, kul 530pm baru jumpa nasi utk lunch.. Tak hengatttt..

Ni pun kat one of the factory outlet which I couldnt remember apa nama.. Banyak sangat pergi.. Muahahahha.. 


Masa diorang dok ber camwhore, ahkak sibuk cari baju.. Muahahhaha,, Gila, gila dan kegilaan..



Spot muka-muka orang bosan menunggu.. Muahahhaha.. Maklumlah cover banyak Factory Outlet.. Oasis, Secret etc.. Baju murah-murah weh.. Bayangkan la, baju gown ala-ala Anakku yang kat Mesia RM50 sepasang, baru RM30 kat sana.. Tak ke meroyan..

Makcik @ Toko Tiga..

Kat Togo Tiga ni, Jeans memang murahlah.. Jeans Ori macam Levis etc tu beza seploh dua gak la ngan rege kita. Takde la murah sangat..



Kat atas ni antara barang-barang yang sempat meroyan dalam masa sehari.. Antara yea.. Antara.. Gila lah.. Ishhh, baru sehari! Kalo lama lagi, makan megi la jawab dia sebulan! Sporting gila my mom n SIL, siap tolong susun utk blogger snap photos.. Kahhhhh..

Esoknya, ke Tangkuban Parahu. Tempat kawah gunung berapi.. Mulanya nak gi Kawah Putih, tapi sebab jauh sangat. Gi yang dekat je la.. Kang nak gerak gi Jakarta lagi..

OTW..

Subhanallah.. Cantik yang amat. Dengan bau sulfur nya.. Memang takjublah! 


All of us..

Bang Ian testing je lebih ni..

Makcik kecik yang sibuk nak jalan..

Berkembang pesat after almost 6 years of marriage.. Hahaha..

Apa-apalah Ayah, topi ni pun beli.. 

Strawberry, raspberry n blueberry.. Manis gila kat sini! 3 bekas ni for Rp50,000..

Dari Tangkuban Parahu, blk singgah town kejap.. Pergi Parfum Collector dulu. Kat Parfum Collector, korang cakap nak perfume brand apa, jenis mana, kat situ jugak dia buat. RM15 je sebotol. Amazingly, tahan lebih 8 jam gak weh.. Pakai pg gi offc, balik tu ada lagi bau dia..

Sambil2 tunggu org tu buat perfume yang kitorang nak, ahkak amik kesempatan masuk Factory Outlet jap.. Carik baju utk Rifa Aleesya. Banyak betul baju mek ni.. Nak wat cemana, masuk kete, batuk, muntah.. Bila baju dah habis, kena la beli jgk.. Huhuhu..

Settle kat tempat perfume, beli brownies pulak. Pergi 2 tempat, Kartika Sari n Amanda. Saya prefer Amanda kot.. Kurang manis sket compare to Kartika Sari..

Settled brownies, gerak gi Jakarta. OTW tu, singgah makan kat RnR. Again, another late lunch for us..







Ok, settled our visit to Bandung. Next entry, Jakarta pulak.. Kalau tanya nak gi lagi tak? Jawab dia adalah nakkkk!! Tapi next time nak gi shopping plak. Anak-anak dok umah yea.. Biar Mama n Nenek je meroyan.. Hahahaha...