Friday, April 5, 2013

Sibuk? Alasan klise.

Minggu lalu singkat betul. Kerja 4 hari sahaja. Terkejar-kejar. Jumaat cuti, seawal jam 4.00am bergerak pulang ke kampung. Ini sebabnya:-

Satu-satunya nenek saya di sebelah abah. Hospitalized. We took 7 hours journey back to KB because of her.. Alhamdulillah, she's recovering.

Masuk private hospital senang. Berkampung dalam bilik single, siap bawak tikar bantal.. Hehehe..
.
Nenek yang rajin melayan cucu..

Tengok Atuk dengan cucu perempuan dia.. Manja OK!

Budak peace..

Budak peace lagi..

Tiga hari di sana, tiga hari jugalah kami berziarah. Tak dapat lama, sekejap pun jadilah. Balik kampung memang seronok kan? Anak-anak lagilah, ada Atuk dan Nenek yang rajin melayan. Bukan setakat melayan kerenah cucu, melayan tekak anak menantu sekali.. Hahahah..

Sekejap nasi kak wok, sekejap nasi kuning Padang Bas, sekejap nasi ulam, sekejap laksa kelantan. Heaven OK! 

Abah dah pencen. Duduk berdua dengan mami kat rumah. Banyak masa katanya.. Kerja menanam itu ini, siram pokok, berperang bagi makan kucing-kucing liar yang datang menumpang. Hahaha..

Happy dapat tolong Atuk siram pokok bunga.. Seksi narr Atuk.. Kelantan panas u'olls!


Hok pompuan tolong nenek menyapu katanya.. Bukan Atuk je seksi.. Budak kecik ni pun takmo kalah.. Actually baru tumpahkan air ni, tu yg tak berbaju..




Presents dari Atuk sorang satu.. Kat kampung takpe la, bwk balik KL, padat rumah yang sekangkang kera nehhh.. Atuk-nenek ni betul2 pampered cucu kan? Basikal Rifa Aleesya tu RM150, Rayyan Ariff pulak RM280. Kalo Mama, jangan harap la nak dapat. Kat Carrefour ada yang RM70-150 je kot.

Seronok tengok anak-anak happy balik kampung. Tengok ayam, itik, kucing, main2 kat halaman.. Should do this more often. Last balik, 4 bulan lepas. Mentang-mentang la abah and mami selalu datang, we take things for granted kan? Padahal suasana tu yang best..

Tapi tu la, kata je cuti balik kampung, tapi bukan dok sesaja jugak. Hari Sabtu keluar mencari barang yang dikirim kawan-kawan, hari Ahad keluar selesaikan urusan di bank dan pendaftaran FOMEMA untuk permit kerja bibik. 

Ahad malam dah bergerak balik ke KL. Isnin masih cuti. Pagi, Encik Suami bawa bibik untuk medical check up sementara saya di rumah dengan anak-anak. Petang saya pula ke hospital membawa Rayyan Ariff untuk appointment bersama pakar mata. 

Jadinya, minggu ini pun hanya bekerja 4 hari sahaja. Sudahlah hanya 4 hari bekerja, 2 hari ada kelas anjuran jabatan dan sehari lagi ada mesyuarat pengurusan file. Setengah hari untuk setiap satunya. Bermakna, hari bekerja minggu ini hanyalah 2 hari setengah sahaja. Sudahlah busy, kesannya juga menyebabkan saya tidak turut serta ke Pusat Stimulaterapi Rayyan Ariff untuk minggu ini. Hanya ayahnya sahaja untuk hari pertama, dan diikuti bibik pada hari kedua apabila Rifa Aleesya mengamuk mahu turut serta. 

Tidak mengapalah, semoga banyak lagi masa untuk Mama menemani Rayyan Ariff pada masa hadapan. In Shaa Allah. 

3 comments:

Angah said...

seronok ye kanak-kanak riang ni dapat hadiah dari atuk...

MyFreeMinded said...

Oh seronoknya balik kg. Dapat ole2 best lak tu dari atuk dan nenek. Best kan berpeluang balik kg spend masa dgn keluarga. Seronok tgk muka ceria 2 beradik ni. :)

Marsha~ said...

untungnyaaaaaaaaaaaa cucu atuk ni.....