Wednesday, August 14, 2013

Sambung cerita Ramadhan dulu..

Lambat eh? Ha'ah. Takpelah, kira throwback. Sambung cerita main masak-masak. 

20 Ramadhan, x snap gambar pun. Susah sket sebab berebut dengan budak umo setahun 9 bulan tu.. Sket2 nak hanphone, pantang tengok. Nanti la, kita cari tab seketul.. Hat lama semua dah jahanam.. Tapi suka jugak la dengar dia sebut words ikut flashcards apps tu.. Comel jerr.. =)

Menu berbuka 20 Ramadhan. Bosan makan nasi campur, buat nasi goreng dan steamboat. Sos merah dan hitam main google n alter sendiri. Not bad at all. Balik kampung buat lagi skali kononnya, tapi hampehhh.. Satu termasin, satu termasam.. Kahhhh.. Failed! Baru nak tunjuk skill katanya.. >_<

21 Ramadhan berbuka sorang-sorang. En.Hubby berbuka kat luar dengan geng remisiers. Sempoi punya pasal, repeat chicken chop, coleslaw, wedges and fries. Alhamdulillah, kenyang tak hengat.. =)

22 Ramadhan, fridge clearance. Sabtu dah tak berbuka kat rumah dah katanya. Lala goreng cili, ikan goreng kicap, udang goreng kunyit, tomyam kaki ayam, telur goreng tomato, ulam dan budu.

23 Ramadhan, fridge clearance day 2. Ikan goreng kicap on repeat sebab Cik Rifa Aleesya kita suka bukan main masa buat a day before. Ayam masak merah, lala goreng cili semalam punya, rendang kerang, sotong goreng tepung dan ulam-ulaman. Makan sampai lebam.

24 Ramadhan dah hari Sabtu, berbuka rumah PIL. Salam-salam raya, hantar bibik kat rumah kakak dia di Keramat sebab flight balik Indon dia hari Selasa then balik Ampang. Sampai je, kemas-kemas rumah dan baju. 

25 Ramadhan aka hari Ahad, bawak Rayyan Ariff yang tak sihat pergi stimulatherapy kat Port Klang, dapat intensive 3 kali, terus melasak dari terjelepek takleh bangun before that. Alhamdulillah, nak balik kampung pun hati senang bila anak sihat.. Untuk berbuka, just tapau burger je. Lepas solat Maghrib, terus gerak balik kampung. 

So kat kampung, takde dahlah aktiviti ketuk-ketuk, campak-campak Ramadhan.. Semua pakai beli, semua pakai hentam kromo.. ;-)

Nanti kita sambung cerita pre-raya, raya dan post-raya. =) 

No comments: