Tuesday, September 17, 2013

Selamat melayari bahtera rumahtangga dan semoga berbahagia..

Masih berhutang entri hari raya, tentang maid, tentang birthday pressie and what not. Kita KIV dulu. Harap2 adalah masa nak mencelah bab2 tu nanti.
 
As of now, kita cerita about my one and only lil' brother. Adik-beradik tak ramai. Sorang Abang, sorang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Dulu masa masing2 still kecik, rasa macam, "Ya Allah.. Ramainya la adik-adik aku! Penat wehh tolong mak jaga Adik2!" And now that masing2 dah besar, memang betul la... 4 orang tu sangat tak ramai! Takpe la.. Dengan bertambahnya pasangan masing2, dah double up dah jumlah tu kan? So nanti, anak2 mommy kira 8 orang la yea.. ;-)
 
Event ni sangat signifikan so takleh simpan lama-lama. Pada aku, keluarga adalah segala-galanya. Sanggup semua, boleh belaka, apa saja untuk mereka.. Korang pun sama kan?? =)
 
Seperti yang ditetapkan oleh arwah Abah dan dipersetujui kedua belah pihak, tanggal 13 September adalah tarikh yang dipilih untuk menyatukan adik lelaki aku and his high school sweetheart, Mariati. 14 September adalah tarikh untuk majlis persandingan dan 15 September pula untuk majlis menyambut menantu. Tarikh-tarikh ni mengambilkira pemergian Abang kami ke luar negara untuk menyambung pelajarannya nanti. Tapi apakan daya, perancangan kita tak sebesar perancangan Allah SWT.
 
Since mommy still dalam edah, so majlis di pihak kami ditunda kepada 13 Oktober. Waktu tu nanti Abang dah selamat berada di bumi Belgium. Harap-harap kami yang kat sini mampu la nak hadap segala mak nenek preparation sesama kami nanti. Iye la, majlis nikah kawen ni bukan kerja mudah. Biasanya, orang-orang tua yang handle. And now that the main 'orang tua' of the house dah takde, we are the ones yang kena take over those roles. Sedih, sebak, segalanya bercampur. Kot ada abang yang sulung, lain sketlah feelingnya.. Sobsobsob.
 
Solat sunat hajat dan tahlil arwah
 
Khamis malam Jumaat bersamaan dengan 12 Sept, kami adakan majlis tahlil untuk arwah Abah. Bersekali dengan solat sunat hajat untuk Abang yang akan berangkat dalam masa seminggu sahaja lagi, untuk Adik lelaki yang akan melangsungkan akad nikah keesokan harinya, dan untuk Rayyan Ariff yang masih diselubungi kesakitan.
 
Usai majlis, masing-masing kembali sibuk. Yang di dapur, di dapurlah. Yang alter pelamin, pelaminlah.. Yang gubah hantaran, gubahlah..
 
By the way, majlis akad nikah dibuat di rumah kami. Permintaan dari mommy yang masih beredah. Luckily, keluarga belah perempuan jenis mudah di bawak berbincang. Since my brother sponsor bab2 gubahan, aku plak sponsor pelamin mini.

Pelamin from Intan Bridal Kota Bharu, owner dia adalah kawan sekolej masa matriks dolu2 kala.. Dah successed dah haa member dengan business sdr.. Aku jugak dok still makan gaji.. Hehehehe..
 
Masa Akad nikah tu, pakai kusyen je la.. Pelamin dah OK, cuma kami tambah kain putih di keseluruhan ruang sebab nak cover dinding kuning tu.. Macam tak masuk plak kalo nampak kaler kuning dalam gambar..

Hasil kerastangan seorang Arkitek Landskap. Penuh dauh, penuh rumput! Hehehehe.. Actually ada cerita di sebalik gubahan hantaran ni.. My bro tempah dengan kawan dia, skali kawan tu sakit and kena operate. Last minute, terpaksa ambik balik and buat sendiri. Seb baik la tangan dia berseni.. Kot aku yang kena buat, memang aku main letak je la.. Ni masa akad nikah, masa sanding, dia pakai batu ko! Sangat Landscape Architect!

Pengantin lamo nak meraso yo..

Sepasang lagi pengantin lamo.. ;-P
 
Keesokan harinya, majlis berlangsung selepas solat jumaat. 13 September 2013. Berdebar namun puas apabila segalanya berlangsung dengan sebaiknya.

Dengan sekali lafaz.. Nampak sangat gateii kamu Dik.. Tak nyempat.. Laju sungguh lafaznya!

Di sebelah adik aku tu, adalah bapa-bapa saudara kami. Abang dan adik Abah. Terima kasih untuk mereka yang sudi turut serta. Seriously sedih sungguh bilamana aku melihat mereka duduk di sebelah pengantin. Alangkah indahnya kalau tempat itu masih milik Abah seperti mana pada majlis pernikahan aku dan juga Abangku. Allahu.. Allahu.. Al-Fatihah Abah.

Selamat datang ke keluarga kecil kami.

Upacara membatalkan air sembahyang..

Son and daughter. Dua-dua budak ni demam. Yang lelaki tu kurus benar dah haa.. Dress code adalah Jubah. Jubah hitam untuk perempuan dan jubah putih untuk lelaki. Tapi untuk Rifa Aleesya saya tak beli pun. Sayang la nak spend RM80 untuk pakai sekali je.. Rayyan Ariff takpe, boleh buat baju tido.. Rifa Aleesya ni lasak bukan main, seksa kot kalo nak buat baju tido..

Ayah and son.

Momma and daughter..

3 generasi. Wanita-wanita penting dalam hidup aku. Semoga dipanjangkan usia mereka-mereka ini semua. Aminnn.. Permintaan setulus hati kerana aku sudah merasai sakitnya kehilangan.
 

Gambar-gambar ni bukanlah dari official photog. Tak ambil pun melainkan side pengantin perempuan yang hire. Lagi best, aku tertinggal DSLR! Lebih ironi, DigiCam pun ada dalam beg DSLR. Nak lagi cun, bawak balik Camcoder tapi charger, kabel dan bateri extra ada dalam beg DSLR jugak. So masing-masing dok snap pakai handphones je la.. Takpe la, pengantin tunggu gambar dari official photog je la yea..
 
Untuk Adik-Adikku, Jek dan Tie, Semoga berbahagia hingga ke syurga dan dapat bertolak ansur dalam melayari bahtera berumahtangga yang bukannya sedikit..
 
"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.."
 
Ok, next cerita majlis persandingan plak. Till then.
 
 

2 comments:

Rizziela said...

Insyallah..doakan yg terbaik utk keluarga ini

Mazatul azura said...

Suke sangat pelamin n hantaran tu!! serius.. menarik kay!! Anyway, tahniah to pengantin baru n also 'pengantin lama'.. Semoga berbahagia selamanya..