Tuesday, December 24, 2013

Cerita hujung minggu..

Ni cerita weekend semalam tu.. Alkisahnya laki ai ada reunion budak-budak sekolah dia. Aktif pulak member ber'alumni' sekarang. Nasib la dia tak kutip alumni Tadika Kemas bagai.. Kalau tak, jenuh berjalan eh??
 
Since nak pergi berjalan, dah bagitau awal2 kat his therapists kata tak datang la.. Stimulatherapy plak cover on weekdays. Dapat 3 hari aka 9 sessions. Dua malam kami bermalam kat Alam Impian. Gerak ke office dari sana buat masa sekarang ni OK la.. Cuti sekolah plus year end, orang dah ramai yang cuti kan.. So traffic jam kat Federal Highway tu still boleh tolerate lagi lah. Kot tak, koser mak nak ikut situh!
 
Ok, balik pada citer gathering. Buat kat Senggarang, Batu Pahat. Alhamdulillah, kagum sungguh dengan tuan rumah yang bertungkus lumus memberikan layanan terbaik buat tetamu yang hadir. Ramai wehh.. Ai pun tak terkira berapa keluarga yang ada. Memang ke hulu ke hilir la tuan rumah.. Mau 100 orang kot.. Makan tengahari lauk asam pedas lagi.. Kaw piaww.. Segala lah..
 
Kumpul pagi sabtu tu jam 800am kat RnR Serdang. Kata je kul 8, tapi biasalah janji melayu. Hehehe.. Pastu benti-benti kat tol Ayer Keroh etc. Yang si Rayyan Ariff dah restless. Bila dia restless, kita laaaagi penat! Lastly kitorang gerak dulu.
 
Sampai sana, duduk-duduk, makan-makan, borak-borak, si Rayyan Ariff ni dah mula mengaruk mengamuk. Dia ngantuk since pagi2 lagi dah kena kejut kan.. Nak gerak gi check in hotel dulu, kete plak takleh keluar sebab dah kena blocked. Lepas sesi pakcik ni berdrama dalam kete baru la kami dapat gerak keluar..
 
Dalam kereta memang dah layu sangat dah dia. Nak tido.. Dah kul 330pm pun kan.. Tapi ai suh bibik and nenek layankan jangan bagi tido. Kang tido, elok sampai kat hotel, kita angkat kang bangun pulak. Kalau dah terjaga memang susah la nak tido balik. Kang tak cukup tido kang ada lagi yang mengaruk.. Malam kang ada sesi ber BBQ pulak katanya.
 
Dari Senggarang ke town Batu Pahat tu mau jugaklah dalam setengah jam. Lebih kurang 33km - pakai Waze kan.. Heheheh..
 
Checked in kat The Katerina Hotel, Batu Pahat. Ok la.. Not bad.
 
 
Since kami ada 4 adults (plus my mom and maid), so amik la 2 bilik. Mula sampai, tukar pampers Bang Ian dah tu, bagi susu and tido kan dia.. Lama jugaklah baru dia tido.. Bertukar tempat kot.. Bila dia tido, si adik nak wimming pulak.. So kita layankan aje la..

Bagi wimming kaw kaw, dah penat bagi susu suam satu.. Dah tu dia pulak tido sampai lebam.. Yang si ayah dah gelisah coz dah pukul 7 lebih tak bangun-bangun lagi anak dara dia.. Member dah panas bontot nak gi BBQ.. Hahaha..
 
Nama je cerita reunion, cerita gathering, tapi nan hado gambar gathering diorang.. Hahahah.. Gambar anak-anak je pun.. Kahhhhhh..

Putera mama yang hensem tapi tak reti dok diam..

Konon-konon ada kawanlah ni.. Babies of 2011.

Malam tu around 10.30 kitorang gerak balik hotel from Senggarang. Siap singgah tapau burger.. Makan pulak kat bilik.. Ekekeke.. Ayah diorang kuar balik gi sambung melepak. Yang mak dengan anak-anak ni berpujuklah suh tido. Bang Ian dah nampak ngantuk tapi si Dik Sya dok main lompat-lompat lagi.. Pujuk dia suh tido since dah pukul 12am.. Kata kat dia, kalau dia tido, esok bangun boleh wimming.. Excited member, terus ambik baju gentel and tido.. Hahaha..

Penangan tido lambat and kepenatan, pukul 8am tak bangun lagi dua-dua orang! Kena kejut sebab perut pun dah lapor. Breakfast dia so-so je.. Tak banyak choices. Bolehlah dari takde.

Janji dicapati. Eh silap. Janji ditepati.. Hah wimming la anak2.. Dah nak sangat kan.. Tak bawak la diorang gi swimming pool.. Malas katanya. Hahahah.. Lama gak la diorang dok berendam berenang bermain bersuka ria dan segala macam ber lagi lah!

Checking out.
 

Lepas checked out, pergi nearby shopping mall nak beli cenderahati untuk tuan rumah. Dah settled, terus gerak gi Senggarang. Pesta makan doyan plak. Shedapppp.. Tapi nama nak beli tak la kan.. Ada orang bising cakap kete berbau.. Udahnya makan aje la kat situ.. ;-)
 
Settled makan2, gerak balik around 130 gitu.. Berhenti solat, berhenti makan tengahari, kul 6pm jugaklah sampai umah. Jalan boleh tahan jam. Cuti sekolah kan..
 
Next weekend? Gathering Superkids kat Melaka pulak.. Nama pong orang xde cuti, jalan gitu-gitu je la.. Heh. ;-)
 

1 comment:

yatie chomeyl said...

Bakpo Mari Batu Pahat x oyat? Uwaaaa Klu x leh jupo Abe Ian lagi