Tuesday, December 16, 2014

Percutian ke Bali 2014.. Berhanibulan kita..

Entri terowbek. Amaran! Entri ni banyak gambar. Korang layan atas risiko sendiri yea. Muntah kalu, aku tak jamin.
 
Suami tanya, nak apa untuk hadiah birthday? Aku jawab, nak gi Bali. Ingatkan setakat tu je hadiahnya. Rupanya mewah pulak dia tahun ni.. Banyak pulak eh dia bagi kita. So kita kena la bajet-bajet untuk befday dia tahun depan pulak khennn.. Kang dia tagih pulakk.. Hekhek.
 
Kisahnya orang-orang fasa kedua perkahwinan nak berbulan madu. So bagilah chance. Korang jangan la kutuk plak. Kang kalo berbondong-bondong bawak anak-anak, takde la chance nak selpie melpie. Hekhek.
 
Jadi sempena birthday aku, bergeraklah kami ke Bali. Flight Jumaat petang so sampai dah malam. Pada pemikiran aku, Bali takde ape sangat kot. Pulau semata so takyah la nak berlama-lama. Tambahan, aku takut mengagau renduuu sama RAs aku tuh. So aku cakap ngan laki aku, 2 hari 2 malam cukuplah. Pulau, pantai, ko tengok kat mana pun sama. Takde nya dia tukar jadik Las Vegas. Kekdahhhh.. Maka dengan sempoinya, pergilah kami tanpa membawa kamera jugak ponnn!
 
 
Jumaat 10/10/2014. Ko tengok laki aku.. Nama masa bercinta lagi dia jalan depan aku jalan belakang, takde maknalah dah kawen dia nak pimpin tangan bagai kan? Kalo dia tetiba pimpin tangan ke, sure aku pandang dia dan tanya, "Awak ada buat salah apa-apa ke??" Ehhhh

Ala-ala macam nyesal gak sebenarnya pergi on this date. Sebab lupa yang 11.10.2014 tu grand opening Young Living Malaysia. Hekhek. Rasa macam banyak yang missed out hokayyy!!
 
Kami sampai dah malam. Around 8pm gitu.. Waktu kat sana dengan Malaysia sama. Cuma dia gelap cepat, terang cepat.. Haa gitu.. Sampai je supir dah tunggu.. Senang amik supir, dia pun tau nak bawak kita gi sana sini. So bleh kawtim kat situ. Nama supir aku Pak Tony. Kalau korang tak pre-arrange pun, sepanjang Kuta Beach tu ramai je yang offer.. "Mobil pak.. Rp300,000 sehari pakkk.." So takyah risau if tak booking awal2. Tapi takde la orang nak jemput ko kat airport kan. Gila rasa anak orang kaya baru balik belajar obersea sebab ada supir tunggu dengan sepanduk nama "Pak Alimin".. Kahhhhhh
 
Sampai je dah lapar gila, mintak Pak Tony bawak gi dinner. Hekhek.. Suruh bawak gi Jimbaran.. Kau, tempat yang Sheikh Muzaffar candle light dinner dengan bini dia kat tepi pantai tu lahhh.. Ngengada? Sesekali kau! Kot kat Mesia ni nak bercandle lite dinner bagai lakibini, tunggu la masa black out. Kekdahhhh..
 
Sampai awal, so dapat la spot paling depan. Betul-betul hadap pantai. Syoknya la haii.. Terbuai-buai bayu pantai tu.. Terdengar-dengar ombak menghempas pantai.. Perghhh.. Persis Zahrain Alimin dan Nawwal Husna kauuu.. Tinggal lagi tak kurus je. Eh.

Air kelapa dia tak sejuk. Lauk dia malatop sedap!

Malam yang sama ni ada company buat event. So ada orang berjoget tangan muncung-muncung, mata jeling-jeling tu.. Rezekilah pulok. Hekhek.
 
Bleh tahan gak harga makan kat sini. Tapi sebab nak merasa punya pasal. Takde hal la. Bukan 3 kali seminggu kami gi Bali. So taramlah. Dah habis makan, gerak balik hotel.

Kiri telinga Abang Zahrain Alimin aku dan kanan telinga Pak Tony. Motip? Ntahhhh..

Tengah check-in. Kitorang stay kat Wina Holiday Villa. Aku gugel la review pasal hotel ni so awal2 tau yang hotel ni walk-up, takde lif. Tapi ambik jugak sebab status halalan toyyiban dia tu. Untuk makcik-makcik yang sayang lemak cam aku ni, aku emailed awal-awal bagitau nak bilik kat Ground Floor and kitorang akan check in lambat. Biar dia simpan siap-siap. Tambahan laki aku kan lutut second hand. Carilah citer dia operate lutut dulu kalau rajin. Tahun 2011 kali ketiga ke kedua ntah.

Ni gambar sebahagian bilik dia. Quite spacious gak tapi berdebu sket. Terserlah kebalian dia letak dressing table cenggitu. Syok wohh tido katil besar berdua je. Tidak kalu, terjaga tengah malam ada tapak kaki kecik kat muka. Terkejut-terkujat tido!

Bangun pagi esoknya, breakfast kat hotel je. Buffet dia masakan melayu so Ok la. Kata halalan toyyiban khennn.. Tapi takde la variety tahap mewah kembung perut. Tapi sendat gak la.. Hekhek. Dasarrr.. Boleh la ulang alik amik different food. Tidak la kata ada 2 jenis makanan jer.. Pada aku yang napsu makan senantiasa ada ni, puas hati la..
 
Kul 9am Pak Tony dah tunggu dah. Dia susun jadual siap2 untuk kitorang.. First dia bawak gi tempat Barong/Kecak dance tu.. Bosan jugak la nak menantikan habis. Tapi dah kata kat Bali, tak gi tengok kang tak real pulak.
 
Kebetulan ada set-set Herbalife buat retreat, penuh wehhh.. Tu baju hijau putih tu depa la.

Kauuu.. Sweet tahap potong kaki tak?? Hekhek. Aku tatau tahun bila last aku amik gambar cenggini dengan laki aku dalam kadar yang kerap seperti ini. Hekhek. Kan aku kata Barong dance tu agak boring, so banyak la masa menyelpie..

Bukan dengan laki aku je aku selpie selpah, dengan laki orang pon! Kahhhhh.. Ni kat mana ntah, tempat jual hasil-hasil kraftangan, batik etc..

Tu gigih depa menjahit hasil batik etc. Ada beg la, baju la, scarf la.. Macam2.. Kat tempat ni tak lama, tapi berhabis jugaklah. Pak Tony ni saje je tau dia.. Biasa dia ni. Bawak gi tempat2 berhabis duit ni.

Next, Pak Tony bawak ke tempat pembuatan barangan Silver. Dah tu, ke tempat lukis-lukis ni.. Mengena jugaklah beli 2 keping lukisan. Ni yang rajin ambik gambar aku ni bukanlah laki aku, tapi Pak Tony.. Haa.. tengok, tengok laki orang lain.. Hekhek..
 
Ok, perut pun dah lapar. So teruslah Pak Tony bawak ke tempat nak lunch.. Sebelum tu singgah dulu kat Tegallalang.. Cantik kau! Cantik yang amat!! Apa bangang aku tak bawak kamera. Nyesal wehh.

Aku, Dia dan Tegallalang.. Ewah. Kembang hati dan badan aku sekembang skirt aku tu wehh!
 
Subhanallah.. MasyaAllah.. Cantik gila kaaaaan??? Patut laa orang kata Bali cantik. Cantik betul. Sesuai untuk aku yang jiwang!
 
Ok, cukup adegan mengagumi alam. Aku lapar! Hekhek! Pak Tony bawak kami ke Kintamani. Lapar gila punya pasal, tak tengok kiri kanan, masuk-masuk je terus amik pinggan n beratur. Hahaha gelojoh! Padahal, dia boleh pilih. Nak makan buffet ke ala carte. So terrrpilih buffet di situ. Pada aku, ala carte dah cukup. Buffet bagai bukannya ko nak melantak tak hengat. So membazir di situ. Tu la, orang tamak selalu rugi.. =P
 

Lapar satu hal, posing-posing gak..
 
Dah habis makan, perut dah kenyang. Barulah ko bleh nak buat adegan peluk cium ke hape.. Syok weiii.. Makan minum mengadap gunung berapi.. Cantikkkk!

Gambar drpd henpon je so takde la kebaboom! Hekhek. Kat sini nak solat ke hape semua ada. Convenient di situ.
 
Seterusnya pergi pulak ke tempat orang proses kopi luwak. Kopi yang musang berak bijik kopi tu.. Kehkehkeh. Nama aku nak try, tak la khennn.. 

Tu haa luwaknya tengah tido..

Muka dah berminyak-minyak. Penat wohhh..
 

Ni dia bagi ko try. Kerepek pisang tu sedap. Kopi dia pun sedap.. Kopi rasa vanilla la itu la ini la.. Kopi Luwak dia tak bagi try free, kena bayar. Idok la aku dengan laki aku nak try.. Tak terterlan..

Balik tu singgah kat mana ntah.. Ada kuil-kuil gitu.. Lupa.. Tu la.. Lambat bebenor hapdet so dah lupa. Kebetulan ada upacara keagamaan depa.. So aku pon nyibuk la capture gambar..

Dah penat sangat tapi tak habis lagi. Sebelum balik hotel, singgah kat kedai cenderahati nama Agong Bali ke hape.. Beli la cenderamata sket-sket.

Malamnya kami dinner kat hotel jerr sebab ada complimentary birthday cake daripada pihak hotel. Hari tu aka Sabtu, 11.10.2014 kan birthday aku yang ke 23. Eh silap, 32. Huh banyaknya nombor! =P
 
Aku, dia dan kek blackforest. Sedappp.. Nama nak makan habis, apa lagi bawak balik, tu tak la kan.. So lepas nyanyi (laki aku je yang nyanyi pon!), tiup lilin, potong kek, amik gambar bagai, aku bagi-bagi la kek tu dekat meja sebelah and orang-orang kafe hotel tu sekali..

Garangnya muka laki kau. Sweetnya muka aku. Ehhhhh. Candle lite dinner mengadap swimming pool.. Sweet tak? Diabetes tahap potong kaki!

Aku order chicken cordon bleu ni. Laki aku order fish and chips. Not bad. Nampak cam tak banyak tapi kenyang banyak wehhh..

Lepas makan, aku ajak laki aku jalan-jalan kat area Hard Rock tu. Macam happening jerr.. So makcik ni nak la merasa.. Again, sebatu dia tinggal aku masa aku ajak dia amik gambar. Aku baru nak fefeeling Dian Sastrowardoyo dalam Ada Apa Dengan Cinta tu.. Alahhh part yang dia jalan sambil sebut "Kaccanggg rebusss.." Tipu la korang tak tengok citer tu kalau kata umo baya2 aku.. Hakhak.

Terkejut aku tengok rege kat sini. Aku kan rakyat Marhaen. Hekhek. Dah-dah, balik tido! Esok nak jenjalan gi Kuta Beach.

Walking distance je hotel ni. So Ok la khennn..

Kaku pulak pengantin lama nehhh.. Kehkehkeh.

Sweet 16 takk?? Bluekkkk. Dah, dah, jom kita snap snap sekitar hotel..

Banyak patung depa ni..
 

Ni area yang aku candle lite dinner malamnya tu.. Kebalian sungguh hotel ni.. Hekhek. Tandas dia je yang aku rasa tak best, yang lain Ok la.. Nora bagi 3 setengah vintanggg

Next, check out dan terus mendapatkan Pak Tony.. Hekhek.. Bali tak ayat? ;P


Lepas check out, Pak Tony bawak ke Uluwatu dulu. Kat sini kan banyak temple. Untuk aku yang lemak lebih ni, pancit nak memanjat wohhh.. Nyesal tak masuk JK1M!


MasyaAllah, cantik weh! Cantik weh!! Cantik gilaaaaa..

Kat sini kena pakai kain kuning tu.. Nama pun temple kan. So kena la hormat gitu.. Bagus service Pak Tony ni.. Dia ada pakej siap rajin tolong amikkan gambar..

Tu la temple nya..

Then Pak Tony bawak plak ke Pantai ni.. Jelajah pantai katanya. Tapi aku lupa ni pantai apa. Heheheh..

Next ke Pantai lagi. Dreamland plak..

Best gila Pantai ni.. Ombak dia kuat. No wonder mat saleh datang ke Bali untuk surfing.. Aku rasa moment paling syok adalah masa kat pantai ni. Dari tempat yang kami duduk ni, ko still bleh rasa percikan air daripada ombak. Duduk-duduk menikmati ombak sambil pekena teh botol yang tak masuk dengan tekak aku tu. Nyamannnn.. Kena plak pasang lagu Akim Mewangi time ni. Heaven wehhh.. Rasa macam bercintan-cintun sangat..

Ke Dreamland ada transport depa. So Pak Tony tunggu kat depan aje.. Rasa la beratur naik bas cam sekolah-sekolah dulu balik..

Sambil-sambil tunggu transport tadi tu.. Kita snapped gamba ala2 remaja.. Payung tu Pak Tony bagi. Panas kan kat sana.. Ko tengok, kasut aku Body Glove RM39.90 je. Kasut laki aku Renoma RM300++ lepas less. Tu lah beza orang laki dengan orang pompuan! Ehhh terbebel plak. Kalau aku, kasut yang rege lebih 100 tahap pakai kat bahu kekdahnya.

Next, Pandawa Beach plak..

Laki aku dah takde daya dah nak ambik gambar. So aku layan dengan Pak Tony. Niatnya nak beli jagung bakar kat sini, elok aku blom sempat order, lalu la doggie doggie berlenggang kangkung keluar masuk kedai tanpa segan silu. Terus patah nafsu. Hahahah

Cantik banget kan??

Aku, Dia dan Skirt kembang. Eh sekali lagi.
 
Pak Tony nak bawak kami ke pantai lagi, tapi dedua dah pancit. So suruh bawak gi topap cenderahati je.. Pergi la kami ke Rumah Kaos Bali..

Then untuk late lunch, Pak Tony bawak kami try Ayam Tulang Lunak. Kekdahnya tulang dia lembut.. Sedap kau. Aku rasa better than the Dancing Fish kat Bangsar nun. Lepas tu dia tanya nak gi mana lagi? Kami cakap, hantar je la kat Airport Pak Tony. Dah penat sesangat dah haaa..
 
Bukti penat. Muka berminyak-minyak kau! Berpeluh-peluh!!! Haa tu la bezanya orang umo pertengahan dengan remaja muda mudi. Remaja-remaja dulu, takdenya aku berani letak gambar berpeluh berminyak sambil sedut air air pakai straw cenggini kat Friendster. Cover konon! Sekarang aku rasa gambar sebegini adalah normal sebab berpeluh juga adalah fasa kehidupan. Ehhh tak kena di situ.
 
Dah-dah, makan cecepat. Moh kita melepak kat hotel plak.. Lepak bebetul kami tau. Aku siap mandi solat bagai kat airport tuh. Buat macam rumah sendiri pulak. Maunya tak. Penat wehh penat.. 
 
Ellehhh.. Buat-buat tido. Padahal tau aku nak snap gambo. Ko tgk kami, gi 1 luggage, balik 2 luggage. Hakhak. Elleh korang pun sama khenn?? Dan seterusnya, kami menghabiskan masa di airport untuk berselpie.. Hekhek.. Takyah la tepek gambar lagi. Kang korang bertambah bosan plak. Hahahaha..
 
 
Gila letih, gila penat. So korang janganlah nak buat keje gila cuba nak khatam Bali in 2 days. Dakyah semua tu. Kurang-kurang kena 4 hari eh.
Ok. Till then. Babai.

 
 


Thursday, December 11, 2014

Apa itu Young Living Essential Oils??


Wide range of Oils and YL Products from pakcik Google.


Menjawab persoalan apa itu #YoungLivingEssentialOils. Minyak aromaterapi ni diekstrak daripada tumbuhan melalui proses steam distillation. Stim gittew. Hekhekhek.
 
Banyak bangsa minyak yang ada. Kalau kata frankincense, dah tentu2 la getah pokok kemenyan arab yang kena stim. Peppermint, daun pudina la kan. Lemon, kulit luar buah lemon la, Lemongrass, serai la haa. Dan sebagainya. Then minyak2 yang single oil, ada plak campur2 utk jadi oil blends macam Thieves (utk immune booster), RC (utk batuk) dsb.
 
Dulu aku xleh terima gak, apa citer minyak aromaterapi boleh membantu dari sudut kesihatan? Tapi apa nak heran kalau dh kata purely extracted from tumbuhan. Bukan nenek moyang kita dulu berubat dengan tumbuhan ke before ada ubat-ubatan bagai. So slowly aku dah leh digest.


Setiap oil ada fungsi tersendiri tengok keserasian tubuh. Untuk sesetengah condition, mmg leh pakai satu dua oils sahaja. Tapi kalau dh kata utk pemulihan menyeluruh, the best way is kena la combine a few oils. Kang amik satu, kurang keberkesanan, korang kata Kak Senah menipu pulak. Lagi satu, if ko dah batuk kungkangkungkang for a month, jangan la expect terus baik lepas 2 kali sapu. Kalo gitu, tutup spital Ampang! Hekhek.


Bab rege, apsal serai kat Carrefour lima ploh sen 3 batang, Lemongrass essential oil RM46 sebotol kecik? Kau, serai tu ko tanam je kan. Dah tu potong n jual. Ni ekstrak kot! Tambah plak therapeutic grade. Dah tentu2 kualiti kena tinggi. Ngikut kata teman2 yg dah sampai kat ladang2 Young Living, ada certain farm depa x guna machine pun. Cabut pakai tangan n carry pakai kete kuda ke tempat stim sbb nak preserve tanah n pokok. Mau tak mahal? Seketul Brain Power is RM241 weh.. Jenuh kau.


Takde benda yang manusia buat ni lebih bagus drpd tuhan. Kalau nak lagi berkesan, makan je tumbuhan tu takyah ekstrak bagai. Iyea btul. Aku setuju 200%. So kalau kata nak pakai frankincense  (kemenyan arab) utk sel regeneration, telan la seberapa banyak pokok kemenyan arab tu selagi ko mampu. Jimat woh! Serai tu cabut dlm 4-5 btg sehari, ketuk2 kuar bau, hidu dlm dua tiga jam. Lagi jimat drpd ko beli diffuser n titik lemongrass essential oils, bagi harum satu bilik utk kes sinus. Gittew.


Banyak feedback kat page aku. Batuk, asma, demam, sawan, anak istimewa, Autisme, ADHD, brain booster, luka, jatuh dan lain-lain. Tinggal lagi korang nak tgk ke tak.


Ni statement Kak Senah. FDA ke, LLB ke, JPJ ke, tak approve statement akak ni. Hekhek. PM tepi sis. 0172742005


Interested to know more about Young Living? Do reach us via any of the following:
Whatsapp : www.wasap.my/60172742005 (Just a click away)
FB : Jiey Wan Aziz
IG : wanjieyaziz


Interested to sign up as a Young Living member? 

Just click https://yl.pe/5by2 and fill up the details. Let us guide you with your oils and any inquiries that you may have!