Wednesday, February 22, 2017

Hobi makcik-makcik~

Menghias rumah! Betul ke, betul? Hahahha.. Betul lah tu.. 
Memang bebel lah laki tiap kali ada benda baru sampai.
Tapi dah janji dah setakat ni takde dah.. Hehek.
Yang kecik-kecik aje pulak.. Ehhh ada lagi.. Hahahhah..

Nampak hat 2 ketul tu, cap Ikea! Kahhhhh

Meja makan putih ni memang jenuh nak mendapat.. Merata cari.. Mula2 ingat nak kerusi kayu putih. Sampai ke sudah tak jumpa yang 8 kerusi. (Bukan takde actually, tapi mostly kena tunggu. Mak nak ready stock. Rakus kan).. Meja bar tu drpd ikea jugak. Bar stool tu pulak beli kat Lazada aje..

Finally after more than 2 years ber YLEO, ada jugak rezeki nak ber display rack yang ada barang-barang YL. Suka ke, suka? Sukaaa sangat.. Tu semua tu diffusers and some of produk2 YL.. Terang mata tengok rak ni..

Rak ni beli kat Lazada. Then self assemble..

Konon gila putih kan, fridge pun sauk warna putih jugak. Fridge ni beli baru sbb rumah lama kami bagi sewa fully furnished. Tu yang semua barang rumah bagi skali dengan rumah..

Rak ni made from Ikea. Carpet dgn frame ayat Quran tu Nilai 3 mari.. Memang murah la karpet dia. Total yang dengan depan TV, meja makan, hall atas n yang ni, RM1.8K. Dah la jenis karpet tebal, benang rapat tu.. Memang tak kumpul habuk..

Ni betul2 depan pintu masuk. Tatau la kenapa nak kena ada mainan ni.. Hahahhahah

Haa ni nak tunjuk.. Tak kira la cemana bersiap, depan ni mmg jadi tempat budak pompuan ni buat port main masak2 kekdahnya. Tatau la nape. 

Ni mak yang gila trolls. Maka mak beli untuk anak..

Kerusi cap Ikea, rak TV cap Cavenzi - display punya set, RM150 aje. Stock clearance sebab Cavenzi Bandar Baru Ampang nak tutup. Nak bukak kat Fajar Pandan Indah tu. Cuma condition lari sikit la. Kami beli wallpaper putih then tampal aje kat situ.. Elok takde cacat cela dah.. Hahhaha..

Ni part of cabinet barang2 office.. Kata SOHO kan.. Heheheh.. Rak again, Ikea mari..

Semua Ikea lah. Senang nak membeli, Rak laci kecik2 tu letak stok EO. Ni kiranya 1st floor. Sblh tangga nak naik 2nd Floor

Ni office kat 2nd Floor. Kemas? Yea kemas sebab ni bukan office aku. Hehek. Ni office staff aka PA aka adik aku. Kat atas sekali ni ada 3 bilik, 1 master bedroom ni aku buat office/training room/ guest room. 3 in 1. Semua haruk.

Kan dah kata tadi guest room pun iyea. Maka letak la sofa bed cap Ikea sekali dengan meja Ikea kat sini. Hahahhaha.. Ni masa awal2 dulu, rak atas tu pun tak penuh. Now dah penuh dah..

Kelas pertama yang aku buat dekat rumah ni.. Ni bilik yang sama la yang korang tengok kat atas ni.. Kan dah kata, training room/office/guest room. Semua tapau.

Meeting dengan AJK group aku masa kami buat family day itu hari.. Pun sama buat kat bilik ni jugak. Floor ni ada 2 bilik lagi. 1 bibik duduk, 1 lagi adik aku..

Ni plak Master Bedroom kat 1st floor. Saje aku dok kat Master bedroom floor ni, sakit lutut weh nak naik 1 lagi floor, Then 1 lagi bilik kat floor ni untuk anak-anak share, then mak aku tentu2 la bilik kat Ground Floor. 

Bilik tido aku ni, luas dia sama aje dgn training room kat atas tu. Mmg tahap bleh muat 3 king size beds. Tapi aku minimize dengan tak letak banyak barang coz kat sini jugak aku terapikan anak-anak. Braingym tak braingym, semua kat sini..

Ni plak bilik 2 beradik tu.. Ada rak ikea berlaci tu 3 buat isi mainan. Lepas tu rak kat kepala katil tu, katil 2 bijik, lemari 2 bijik n penyidai baju. Minimalis kiranya.  

Bilik air bebudak. Memang duta kecik Young Living la deme ni.. In Fact, satu rumah pun. Hehehehhe..

Itu aje pun setakat ni. Dah mula duduk since Dec last year. Tapi so far masih la on and off dengan duduk Sungai Petani. Nanti dah balik duduk for good, mau kurus lah main turun naik. Hehek. Kan dah kata, ni hobi makcik-makcik. Beria okay pegi Nilai 3 tempah langsir instant tu dengan pegi Baryali carpet bagai. Hehek. 

Dah, nak tido!