Sunday, February 4, 2018

Tentang Kami

Young Living Digital Hall of Fame

Secara amnya, ramai melihat kami sebagai Young Living Diamond Leader. Tapi itu hanya mungkin 30% deskripsi tentang kami. 

Lebih waktu, kami adalah ibubapa pendidik kepada Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya. Kedua-duanya istimewa dengan cara mereka sendiri, terutamanya Rayyan Ariff. Membesarkan mereka, ujian dan cabarannya bukan sedikit. Kalau tidak berhias ujian, bukan hiduplah namanya bukan?


Putera dan puteri hati kami. 

Untuk Rayyan Ariff, sedia maklumlah keadaan dia. Makin membesar ni cabaran dia semakin bertambahlah. Peel dia pesen orang yang dah makin tualah. Dengan badan yang dah 10 years old, jenuh jugaklah melayan. Tantrum, rigidity dan segalanya lah. Berperang nak gunting rambut pun boleh nak terbalik kita ni. Nak sama tinggi dengan maknya dah si Rayyan Ariff ni.

Whatever it is, I am truly thankful to have him in my life. Dia banyak mengajar aku untuk jadi all-rounders mother. Extra effort needed untuk 'menyelami' masalah dan kesakitan dia maka aku banyak belajar. Recently he was admitted in Pantai Hospital, our first time seeing Dr Malinee the neurologist there. Dua kali dia tanya aku, on different time, "What is your background?" Bila kata Investment and Finance, terus dia tanya lagi, "How come you are well verse with some medical terms and how things work?"

Hahaha. Pengalaman menjaga Rayyan Ariff ni memang mahal. Multiple disabilities yang ada pada dia memerlukan maknya memiliki multiple knowledge lah. Begitu.

Puteri Rifa Aleesya pulak, dah darjah 1 tahun ni. I've written HERE once tentang masalah komunikasi yang dia hadapi sebelum ini. Ingatkan dah resolved, rupanya ada lagi dan panjang lagi. Hehek. Last year was rough and tough for us; Rifa and I. Bersusunlah program dan terapi yang kami aturkan untuk dia, termasuklah close supervision by yours truly. Hehe. 

Panjang cerita dia. Alhamdulillah she's catching up walaupun bukanlah pandai meletop. Daripada anak yang struggling membaca, apa lagi nak hadam konsep matematik, pada bulan Julai 2017 sehinggalah berjaya menerima beberapa tawaran daripada beberapa buah sekolah integrasi swasta, selepas ujian penilaian dilakukan, kira okay lah tu. Ada some of my friends yang anak deme kena reject tau. So bangga lah mak. 

Rifa ada jugak satu kena reject dengan satu private school coz that one the assessment took place in July itself. Rather than yang lain bulan Oct. Sempat prep her. Nanti I'll share about her in the next entry (yang entah bila nak tulis). 

Tentang kami suami isteri, seperti biasalah. Dalam usaha menyebarkan kecintaan kami kepada Essential Oils dan juga mengembangkan empayar perniagaan. Doakan kami yea.

Saya sendiri sedang sibuk dan bergelut untuk menjadi certified therapist dan practitioners untuk beberapa modaliti. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan saya dalam menuntut ilmu dan semoga ilmu ini akan membawa manfaat bukan sahaja kepada kami sekeluarga, malahan mereka-mereka yang memerlukan. InShaAllah.

Signing off,
Kak Jiey the Kakak Berlian. Hehek.